Ke hadapan hamba Allah yang bernama insan, apa khabar kalian? Bagaimana iman kita pada hari ini? Adakah sudah turun berbanding semalam ataupun sudah naik dari semalam? Today is better than yesterday, is it? Ilah baru seminggu bercuti dari hidup yang penuh kesibukan di KMB.. Namun, diri ini terasa alpa dan lalai sepanjang cuti ini. Mengapa ya? Mungkin salah ilah sendiri yang tidak berusaha mengingatkan diri sendiri.. Terpana ingatan ilah dengan kata-kata kakak senior ketika kami berada di taman syurga..
"Allah yang kita sembah di rumah sama sahaja dengan Allah yang kita sembah di KMB. Jadi. tiada isu iman turun naik ketika kita semua berada di rumah"..
Ilah sangat hormat akan kakak ini. Setiap butir bicaranya pasti akan menusuk di jiwa ilah. Tapi bukan ilah seorang sahaja, sahabat-sahabat ilah pun berasa perkara yang serupa. Alhamdulillah, itu mungkin merupakan salah satu daripada logam yang terdapat dalam dirinya. Insya'Allah, semoga Allah memelihara logam tersebut dan membimbingnya untuk menyebarkan cinta Allah di muka bumi ini.
Ilah terlupa sesuatu. Sebelum itu, ilah nak berkongsi satu hadis:
“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”...
Pada pandangan ilah, maksud hadis ini ialah:
Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman. Sekiranya ‘jahil’, nilai itu akan menyokong jahiliyyah dan sebaliknya, sekiranya dia Islam, nilai itu akan menyokong Islam. Segalanya bergantung kepada kefahamannya. Contohnya, kita imbas kembali tentang Saidina Umar. Dulu, ketika Saidina Umar belum memeluk Islam, dia merupakan seorang yang tegas dan semua orang takut padanya. Dan setelah memeluk Islam, dia juga merupakan seorang yang tegas dan berani. Disebabkan ketegasannya, orang kafir tidak berani untuk menghalang dakwah Islam..
Hmm, ilah terdiam sejenak. Apa logam ilah eh? Memasak? Apa ye? Insya'Allah, kita sama-sama fikir dan ayuhlah. Sama-sama kita gunakan logam kita untuk menyebarkan cinta Allah di muka bumi ini.
Siapa ada logam 'berfesyen mengikut cara Islam'? Nanti, sesiapa yang ada logam tersebut, jangan lupa beritahu ilah eh. Sebab ilah nak belajar dari insan tersebut. Kan comel kalau kita semua berfesyen mengikut cara Islam yang sebenar-benarnya..
Eee, best best!!!
Tapi, macam mana ye berfesyen mengikut cara Islam yang sebenar-benarnya?
Kan, dalam Al-Quran, terdapat semua jawapan bagi segala carca marba persoalan.
Jadi, ilah membelek tafsir Quran sehingga terjumpa ayat ini:
"dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada.." (Surah An-Nur: ayat 31)
Owh, nampaknya banyak lagi yang perlu ilah perbaiki. Namun, kita patut bersyukur kepada Allah kerana Dia masih menyayangi kita dengan sentiasa membuka hati dan minda kita agar sentiasa mendekatkan diri kepada-Nya.. Insya'Allah..
"Barang siapa diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk, dan barang siapa disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang rugi". (Surah Al-A'raf :ayat 178)
Jom kita hayati sama-sama video ini~
princess note: ilah sayang semua orang! always support me in this path ok~
Hari ini ilah rasa macam banyak masa lapang.. Kalau tak ada free time, macam manalah ilah boleh duduk bahagia update blog tersayang ni? Haha =)
Tersenyumlah.. Jangan menunggu bahagia untuk tersenyum.. Namun, tersenyumlah untuk bahagia.. La tahzan!!
Tiba-tiba je ilah rasa macam ilah dah dapat satu semangat baru.. Semangat untuk berubah.. Mesti tertanya-tanya nak berubah apa? Tak apalah, ilah rasa tak perlu ilah luahkan di sini.. Yang penting Allah sahaja yang tahu. Sahabat-sahabat tolong doakan ilah eh.. Semoga ilah sentiasa kuat dan ikhlas dalam setiap perkara yang ilah buat..
Pernah baca tak buku "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul"? Serius ilah cakap, buku tu sangat2 best!! Ilah tak nak cerita panjang2, kalau nak tahu buku tu pasal apa, belilah... Kalau tak pun, pergi pinjam daripada kawan-kawan k... Yang ilah cuma nak cakap, JOM KITA BERCINTA SELEPAS KAHWIN.. Nak tak??
Haha... lawak.. lawak...
Pernah terfikir tak, apa tujuan kita hidup kat dunia ni eh? Dulu ilah fikir, ilah nak tunaikan impian ilah, nak tunaikan impian parents, nak capai cita-cita, kahwin, dapat anak banyak-banyak, then dapat phd, buat klinik, dah lama sikit, bersara, jaga cucu-cucu, kemudian apa lagi? Mati..
Sedangkan dalam al-Quran, Allah s.w.t. telah berfirman:
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku". Surah At-Tur ayat 56
Hehe.. tulah, selama ini ilah dah silap la... tak apa, yang penting ilah dah tahu tujuan ilah hidup sekarang..
owh.. rupa-rupanya tujuan Allah menciptakan ilah dan sahabat-sahabat supaya kita beribadat kepada-Nya dan menjadi khalifah di muka bumi..
penting tau untuk kita amalkan dua perkara ini..
Pernah dengar satu cerita tak?
Dulu, adalah 5 orang kawan baik nie. Mereka selalu masak sama-sama, jahit baju sama-sama, kemas rumah sama-sama, makan minum sama-sama.. Menyanyi lagu Ku Berlari sama-sama. Suatu hari, adalah kebakaran. Ilah pun tak sure macam mana boleh terbakar. Tulah, main api lagi, kan dah terbakar.. Hehe.. then ada seorang daripada mereka, yang sedar ada kebakaran. Dia try nak kejutkan kawan-kawan dia, tapi ada seorang kawan ni yang tengah mengigau sampai tak ingat dunia, ada yang memang tidur mati, ada seorang ni pulak yang marah sampai menyumpah seranah apabila kawan ni try nak kejut. Tapi nasib baiklah ada seorang kawan dia yang memang dengar cakap. Bila dicuit suruh bangun je, terus dia bangun, umpama lembu dicucuk hidung (betul ke peribahasa ni).. Akhirnya 2 orang je yang terselamat. Yang 3 lagi tu hangus rentung terbakar..
Begitulah juga dengan kehidupan kita..
Kalau kita tak melaksanakan amar makruf nahi mungkar, tengoklah apa yang akan terjadi pada kawan-kawan kita. Semua orang cakap sayang kawan masing-masing.. Mulut cakap sayang, tapi kalau sayang, kenapa tak tegur kalau dia buat salah? Kalau sayang, kenapa tak bimbing dia ke jalan yang benar? Sudah terang lagi bersuluh. Maksudnya kasih sayang kita terhadap kawan masih tidak utuh sekiranya kita tak mampu nak tegur dia ke arah kebaikan.. tapi tegurlah dengan berhemah eh.. ingat macam mana Rasulullah s.a.w berdakwah? dah lupa?? aish.. pergi ingat balik macam mana..
Dengarlah lagu ini.. Semput ilah nak nyanyi...
princess note: the more u "amar makruf nahi mungkar", the more u love your friends.. Hypothesis is accepted!!!! =)
i read a blog just now.. (saja nak melepaskan rindu)
but then, suddenly, i read out this part, when someone said that there's no latest news about me.. i'm really sorry for that.. maybe it's my fault for not always contacting my friends after i entered kmb.. but, how can i say about this?? every day, i will go through the same routine.. go to class, get assignments, and usually i sleep at evening because i'm so tired and as a preparation to stay up at night.. (hehe..)
that's my routine every day..
i took quite a longer time to adapt with kmb environment.. sometimes i just realised myself that i'm already in kmb... doing the so-tough and challenging ib.. but it's my choice to be here.. it's my dream that i want to pursue.. no one force me to be where i'm right now..
so, i'm going to finish it very nicely..
sometimes, i think that i better not online, if not, i'll get addicted with it.. just now, what had happened in the last 7 months holidays.. but i also cannot blame myself because getting online is no longer my addiction..
right now.. i'm being STUDYHOLIC..
being here, study always comes first.. i'm trying out 1 new thing.. i myself don't know whether i'm going to have it or not.. but i pray to Allah that, if it's the best for me, i'll carry it.. if it's not destined for me, it's okay..
i'll be grateful with what He gives to me.. Alhamdulillah..
to all my friends, if i don't contact u always, that doesn't mean i forget u..
but from that, i learn how to appreciate u more...
"INGATLAH DAKU DALAM DOAMU"..
no matter where u are, please take care of yourself.. take care of your iman..
Insya'Allah, Allah will re-unite us one day... Amin... princess note: if u love me, always pray that Allah will always strengthen my iman...
Assalamualaikum wbt.. Apa khabar iman kita hari nie??
Dah lama kan ilah tak update. Dah la time duduk kat kmb pun jarang on9 fb.. Nak buat macam mane, busy study la katakan.. ( study la sgt).. haha. but seriously, i miss my friends a lot... everyone.. Sorry sebab ilah dah lama gler tak contact.. Tapi "INGATLAH DAKU DALAM DOAMU".. That's very important k!! Insya'Allah.. Semoga Allah perkuatkan ukhuwah antara kita semua.. To all my friends all over the world, be happy always and never loose hope in Allah k..
Terimalah lagu ini.. Ilah tujukan khas untuk sahabat2 ilah... I started to fall in love with this song.. Kalau tak percaya, tanya farhanah, my roommate.. Hari-hari buat radio rosak dalam bilik.. Wassalam.. Jaga diri elok2 ye!! Kuatkan iman + amal..
Everytime, you feel like you cannot go on You feel so lost That you’re so alone All you is see is night And darkness all around You feel so helpless You can’t see which way to go Don’t despair and never loose hope Cause Allah is always by your side
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah.. Insya Allah you`ll find your way
Everytime you can make one more mistake You feel you can’t repent And that its way too late Your’re so confused, wrong decisions you have made Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope Cause Allah is always by your side Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah.. Insya Allah you’ll find your way Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah.. Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah He’s never far away Put your trust in Him Raise your hands and pray Ooo Ya Allah Guide my steps don’t let me go astray You’re the only one that showed me the way, Showed me the way… Showed me the way… Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah.. Insya Allah we`ll find the way
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah.. Insya Allah we`ll find the way...
princess note: i like this song very much.. so, u MUST like it too!!!
Rasanya macam sudah lebih seminggu ilah tidak menjenguk diari kesayangan ilah ini. Patutlah diari ini macam sedih semacam saja. Maaf ye, puteri ilah minta maaf ye, bukannya sibuk macam first lady pun.. Tetapi ilah banyak memikirkan tentang masa depan… (ceh wah)
Dalam minggu lepas, abah minta cuti dua hari sebab nak uruskan pasal kemasukan ilah ke UM. Hari khamis, ilah ikut abah pergi buka akaun bank, beli barang-barang yang hendak dibawa. Ilah ada Nampak satu beg tu, lawa, rasa macam nak beli, tapi tak jadi nak beli. Nak tunggu ma dululah. Lagipun, senang sikit nak dapat lampu hijau kalau minta dengan ma. (taktik lapuk)…
Hari jumaat, ilah suruh along teman ilah buat medical check up. Tapi ilah suruh along pergi jalan-jalan dulu sementara tunggu ilah habis check up. Penat tunggu giliran, ramai sangat yang datang. Mula-mula, kena buat pemeriksaan air kencing dulu (urine test). Lawak, tak nak cerita pasal urine test, buat ilah kelam-kabut saja. Haha.. Tapi, tak best dan menyusahkan nak buat urine test ini.
Ilah kena buat x-ray, aish, tak suka buat x-ray, leceh betul.. Kali pertama ilah buat x-ray pun waktu nak masuk MRSM Tingkatan 1. Lagipun, buat x-ray ini boleh bunuh sel-sel badan. Tup tup, ilah terserempak dengan kawan lama. Dia kawan sekolah rendah ilah di Selangor dulu, sekali dengan iman dan ilham. Azham Aizat tu sudah tinggi, ilah nampak kerdil di hadapan dia. Haha.. Agaknya azham terlebih makan calci-yum dan kacang panjang. Tapi,waktu sekolah rendah, diamemang tinggi macam itu. Kalah ilah dibuatnya. Dulu waktu sekolah rendah, ilah antara orang yang tinggi dalam kelas, tetapi itu dulu. Sekarang sudah lain, tetapi ilah bahagia dengan diri ilah. Manusia merupakan sebaik-baik ciptaan Allah, jadi, terimalah seadanya. Kalau kita pandai menghargai diri kita, pasti kita akan temui kelebihan kita yang tersendiri.
Ilah sempat kenal-kenal dengan beberapa orang waktu sedang kebosanan menunggu giliran. Ada juga yang lepasan SPM macam ilah, tup tup, dia pun dapat UM sama dengan ilah. Rupa-rupanya dia kawan Aisyah Zaifuddin dan Izzat Solihuddin. Tapi, kawan baru ilah tu, Faiezah namanya, pun tunggu MARA juga. Ilah sempat berbual dengan seorang mak cik. Dia ada appointment dengan doktor. Katanya, enam bulan sekali, dia akan datang untuk buat check up. “Maklumlah, dah berumur macam ni”. Lebih kurang macam itu ayat dia. Ilah seronok tegur orang, buat muka tak malu sudah. Haha… Macam wartawan pun ada.
Ilah sedih bila nurse tu cakap, ilah kena buat cermin mata. Dia cakap mata ilah dah rabun teruk ni. Ye ke?? Ilah tak percaya la, rasa macam boleh nampak lagi, kalau dalam tv, huruf-huruf yang kecil tu memang ilah tak nampak dengan jelas, tapi kalau yang tulisan besar tu, ilah nampaklah. Jadi, lepas ini, semua orang kena buat tulisan besar macam ilah. Senang ilah nak nampak. Haha.. Tapi, abah cakap, mungkin ilah gelabah sangat waktu nurse suruh baca huruf, sampai tak nampak. Betul juga cakap abah, memang ilah gelabah. Ada-ada sahaja puteri ilah ini.
Ilah paling tersentuh bila ilah nampak ada seorang nenek ini. Ilah tak tahu nenek tu sakit apa, tapi dia berkerusi roda dan asyik merengek. Nenek tu macam nak cakap sesuatu, tapi tak jelas. Sedih ilah tengok nenek tu. Tapi ilah bangga dengan ahli keluarganya, mereka tak malu dengan keadaan nenek tu, dan mereka sanggup menjaga nenek tu. Ma pernah cakap, menjaga orang tua nyanyuk itu satu dugaan untuk anak-anak. Hanya cinta yang tidak bersyarat(unconditional love ) mampu memberi ketabahan kepada anak-anak untuk menempuh dugaan itu. Jadi, selalu berdoa pada Allah,semoga kita dikurniakan unconditional love untuk menjaga orang tua kita.
Selepas doktor mengesahkan ilah sihat walafiat, insya’Allah, ilah tidak sabar-sabar nak pulang. Sudah setengah hari ilah di klinik. Kasihan along, tetap setia menunggu ilah. Bagus, macam inilah abang mithali!! Perut ilah berkeroncong, siap boleh nyanyi lagu korea lagi perut ilah ini. Kelaparan dari pagi, disebabkan medical check up, ilah sanggup berpuasa sekejap. Ilah ajak along makan roti canai di kedai mamak, inilah lunch kami hari ini. Ilah naik motor along macam perempuan melayu terakhir. Siap dengan baju kurung lagi tu. Haha..
Bila dah sampai rumah, mulalah ilah mengadu dengan ma dan abah pasal ilah kena pakai cermin mata. Ma cakap, ilah kenalah tengok benda-benda hijau selalu. (lampu isyarat boleh tak) huhu..
Ma cakap, keputusan PILN MARA keluar pukul 4.00 petang. Pukul 3 ilah dah mula dup dap dup dap. Tapi, nak hilangkan perasaan berdebar-debar tu, ilah tengok drama korea sekejap. Three daddies with one mommy.. Lawak cerita ini, esah pernah rekomen suruh ilah tengok cerita ini, tapi baru sekarang ilah sempat tengok. Tup tup, dah pukul empat. Ilah tunggu lama sikit, tapi ma tak telefon pun. Ilah takut juga, tapi ilah redha dan tawakal atas ketentuan Allah..
Ilah dengar bunyi mesej masuk. Along pun tengok mesej dia. Alhamdulillah, mesej ma rupanya. Ma mesej ilah dapat MARA tu. Ilah kena buat IB di Kolej Mara Banting. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat.
Insya’Allah, ini adalah keputusan yang terbaik untuk ilah. Semua orang cakap, ini peluang yang sangat baik. Ilah kena hargai dan manfaatkan sebaik-baiknya. Memang harapan keluarga sangat besar terhadap ilah. Tetapi, insya’Allah, ilah akan realisasikan impian ini sebaik mungkin. Ini bukan hanya impian keluarga, bahkan ini merupakan impian ilah juga. Tidak mungkin ilah akan persiakan tiket emas ini. Bak kata ma, “Ini hanya tiket sahaja. Selepas ini, barulah perjuangan yang sebenar”…Nasib baik ilah senang sikit nak buat keputusan, sebab ma dan abah sudah tekan butang hijau. Terima kasih ma.. Terima kasih abah.. Ilah tidak akan kecewakan ma dan abah..
Ilah tahu dan sedar, bahawa kehidupan di KMB tidak akan sama seperti di TGB dulu. Malah, lebih mencabar dan banyak persaingan. Tapi, ilah tidak mungkin mengalah. Apalah gunanya hidup ini tanpa ada cabaran dan pancaroba. Teringat kata-kata abang anas, “Apa, ingat Melayu tidak kompetitif ke?”. Haha.. It’s all about your mind!!!
Terima kasih kepada kawan-kawan yang masih sudi memberi nasihat kepada ilah. Teruskan membimbing ilah ye, sahabat-sahabatku!!!
“All the best for your future undertakings.
Always be humble and remember Allah”
“Semoga kejayaan dan impian tercapai”
“Have to work triple hard. You can do it!!!”
“Semoga kita berjumpa lagi. Waktu itu, kita sudah berjaya
dengan kerjaya masing-masing”
“Let’s be a successful doctor”
Tidak kira dari mana kita mula memanjat, sekiranya ada kesungguhan dan keazaman, pasti puncak gunung mampu kita tawan. Teringat kata-kata atok ilham, “See you at the peak”.
Tahniah kepada kawan-kawan kerana kita sudah berjaya sampai ke tahap ini. Namun, perjalanan masih panjang dan hidup mesti diteruskan. Mohonlah kepada Allah, semoga Dia permudahkan segala urusan kita sama ada di dunia mahupun di akhirat.
Semoga Allah hapuskan segala perasaan bangga dan riak serta hasad dengki dalam hati kita.
Kejayaan pada hari ini tidak menjamin kejayaan pada masa hadapan. Oleh itu, janganlah terleka. Hargailah segala peluang yang mendatang, dan hadapilah hari-harimu dengan keyakinan yang utuh…
Sekali sudah menapak di dalam gelanggang, tidak mungkin mampu berundur kembali.
Bersedialah dari segenap aspek: emosi, fizikal, rohani…
Ilah mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan terima kasih
banyak-banyak
kepada semua kerana selalu
memberi sokongan
kepada ilah.
Terima kasih untuk segala-galanya…
Ilah juga minta maaf
atas segala kesalahan ilah.
Maafkan ilah andai
ada yang terguris hati dengan
tindak –tanduk ilah selama ini..
Maafkan ilah ye!!
Ilah minta halalkan segala-galanya..
Doakan semoga ilah tabah
menempuhi cabaran yang
mendatang dan tidak akan
berputus asa…
Semoga kejayaan
dunia akhirat
milik kita semua..
Amin..
Last but not least,
please keep in touch k!!!
princess note: don't look at the past anymore.. keep it going in this present.
Maksudnya: "Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-dua sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun seperti perkataan "ah" adalah tidak dibenarkan dan janganlah engkau menengking atau menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang baik dan mulia (bersopan santun)".
MA, TERIMA KASIH..
Dalam Islam, kita dituntut agar berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan tuntutan tersebut adalah sesuatu kewajipan yang perlu ditunaikan..
Firman Allah dalam Surah Lukman ayat 14:
Maksudnya: "Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dari awal mengandung sehingga akhir menyusunya dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. Dengan demikian bersyukurlah kepadaku dan kedua ibu bapamu dan ingatlah kepada Aku. Akulah jua tempat dikembalikan untuk menerima balasan."
MA, MAAFKAN ILAH ATAS SEGALA-GALANYA..
Firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 36:
Maksudnya: "Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua pun dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa kamu, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang yang bermusafir dalam kesusahan dan hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong, takbur dan suka membangga diri."
MA, ILAH AKAN BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH SEHINGGA BERJAYA...
Firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat 24
Maksudnya: "Dan hendaklah engkau merendahkan diri kepada keduanya kerana kasihan belas dan kasih sayangmu dan doakanlah untuk mereka dengan berkata" Wahai Tuhan kami, cucurilah rahmat kepada kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
Wahai anak, kamulah permata hati ibu bapa...
Di dalam As Shahih diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu bahawa Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :
“Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariyah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak shalih yang mendoakan kepadanya”.
princess note: still blurr?? come on, let's appreciate our parents!!!
Hawa, Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa, Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu , ingatlah hawa janji Allah, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa… Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, keremajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu hawa, Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu , kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongna jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu , cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
Hawa….. Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.
~Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
~Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
~Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing,berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
~Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
~Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
~Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali,dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur.Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
~Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
~Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia.Karena di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
~Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya.Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya,yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu...
Aish, so tired u know thinking about this reunion thing..
At first, my friends and I are really excited about this reunion. I thought that we planned it so well, so that it is going to work out smoothly...
Bila aku baca post kawan aku, 'mereka' cakap 'mereka' tak mahu pergi... Alasan 'mereka' ialah kerana ramai yang tak pergi..
Di situ, hati kecilku berkata, Ramai tak pergi sebab tak tahu pasal reunion ni. Kalau kau nak ramai pergi, tolonglah sebarkan pasal reunion tu.. Kan lebih baik daripada merosakkan rancangan kami..
Rupa-rupanya, susah jugak nak kumpulkan semua orang yang dah berpisah selama 5 tahun ni..
Album : Halawatul Iman Munsyid : Far East http://liriknasyid.com
mari nyanyi bersama-sama (make sure u have a nice voice k!!)
Ku Merintih, Aku Menangis, Ku Meratap, Aku Mengharap, Ku Meminta Dihidupkan Semula, Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
Perjalanan Rohku, Melengkapi Sebuah Kembara, Singgah Di Rahim Bonda, Sebelum Menjejak Ke Dunia, Menanti Di Barzakh, Sebelum Berangkat Ke Mahsyar, Diperhitung Amalan, Penentu Syurga Atau Sebaliknya,
Tanah Yang Basah Berwarna Merah, Semerah Mawar Dan Jugak Rindu, 7 Langkah Pun Baru Berlalu, Susai Talkin Penanda Syahdu, Tenang Dan Damai Di Pusaraku, Nisan Batu Menjadi Tugu, Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,
Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian, Seakan Ku Dengari, Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan, Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan Tetapi Ia Sebenar Kejadian
Kembali Oh Kembli, Kembalilah Kedalam Diri, Sendirian Sendiri, Sendiri Bertemankan Sepi, Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku, Terbujur Dan Kaku, Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,
Ajal Yang Datang Dibuka Pintu , Tiada Siapa Yang Memberi Tahu, Tiada Siapa Pun Dapat Hindari, Tiada Siapa Yang Terkecuali, Lemah Jemari Nafas Terhenti, Tidak Tergambar Sakitnya Mati, Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,
Jantung Berdenyut Kencang, Menantikan Malaikat Datang, Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan, Selama Ini Diceritakan Kini Aku Merasakan Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan
Ku Merintih, Aku Menangis, Ku Meratap, Aku Mengharap, Ku Meminta Dihidupkan Semula, Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
tadi aku ikut ma ke surau, ada kursus pengurusan jenazah.. banyak yang aku belajar.. kamu mahu tahu ke??? silalah, jangan malu-malu..
hukum menziarah ini sunat muakkad... sangat dituntut dalam Islam.. lagipun, dapat mengeratkan ukhuwah sesama kita..
antara adab ziarah orang yang sudah nazak: - ajar kalimah syahadah
kematian itu merupakan perkara yang pasti. cuma Allah tidak memberitahu kita bila kita akan meninggal dunia, kerana Allah mahu uji sejauh mana tahap keimanan kita...
Surah Ali 'Imran: ayat 185 "Tiap-tiap yang bernyawa pasti merasai mati, dan bahawasanya pada Hari Kiamat saja disempurnakan balasan kamu"..
Pernah terdetik tak di hati kita, bagaimana jika kita tidak sempat bertaubat sebelum Malaikat Izrail mencabut nyawa kita?? nauzubillah..
Sebenarnya aku masih samar-samar tentang pengurusan jenazah.. Baru kali pertama aku pergi kursus ini.. Memang, kalau bab pengurusan jenazah ini, teori saja tidak mencukupi. Ia perlu dilengkapi dengan latihan praktikal.
Tetapi, mampukah aku?? Untuk memandikan jenazah?? Mengkafankan jenazah?? Banyak yang perlu dipelajari.. Memang ini fardhu kifayah, tetapi untuk mempelajarinya adalah fardhu ain..
Pernah tengok tak cerita ni??
Cerita tentang seorang lelaki kaya, waktu dia meninggal dunia, susah untuk mencari orang untuk memandikan jenazah, ustaz di surau ada urusan memandikan jenazah di tempat lain.
Jadi, keluarga lelaki tersebut kebingungan.. Memang mereka banyak duit, boleh mengupah sesiapa sahaja untuk memandikan jenazah. Tetapi Allah mahu uji dan beri kesedaran kepada mereka...
Nasib baiklah, ahli keluarga tersebut berjumpa dengan seorang ustaz yang mengajar kursus pengurusan jenazah di tempat kerjanya..
Jenazah lelaki tersebut selamat dimandikan..
Inilah satu kesedaran yang aku dapat dari kursus tadi..
Kita tidak boleh mengharap sahaja kepada orang lain untuk memandikan jenazah ahli keluarga kita. Seharusnya, kita sama-sama membantu memandikan jenazah tersebut.. Itulah bakti terakhir yang mampu kita lakukan..
Insya'Allah.. Semoga Allah membuka hati kita untuk belajar lebih lagi tentang pengurusan jenazah ini..
we would never know about something if we don't try it..
princess note: prepare well for everything.. dunia dan akhirat~
Cuti aku yang tak bergaji ini hanya tinggal 3 minggu sahaja lagi.. Sedihnya, lepas ini dah tak boleh cuti.. Dah tak boleh goyang kaki, senang-lenang di rumah..
Tapi, kegembiraan aku mengatasi kesedihan aku sebenarnya.. Memang aku rasa tak sabar sangat nak menempuh satu lagi fasa dalam hidup aku. Fasa di mana aku bukan lagi bergelar budak sekolah ataupun budak hingusan sepertimana di sekolah menengah dan sekolah rendah.. Fasa ini bagiku sangat penting..
Fasa ini yang akan menentukan sama ada aku akan mencapai segala cita-citaku yang kubina sejak aku mula mengenal erti angan-angan.. Aku memang seorang yang kuat berangan, Tapi aku segan nak berkongsi apakah yang aku selalu angan-angankan... Biarlah hanya aku dan Allah sahaja yang tahu...
Aku tidak mahu segala angan-angan itu kekal menjadi angan-angan.. Aku mahu semuanya menjadi realiti... Insya'Allah, aku akan berusaha sehabis mungkin untuk merealisasikan impianku.
"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum tersebut yang mengubahnya"
Ma dan abah selalu berpesan kepada anak emas mereka,
" Kak ilah kena ingat, study di u tak sama dengan study di sekolah menengah.. Di u, kak ilah kena cari banyak information sendiri.. Tak boleh bergantung sangat dengan lecturer (bukan cikgu lagi taw).. Yang penting, di u, tak ada orang nak jaga keperluan kak ilah. Bukannya ada orang nak kejut untuk pergi kelas ke, nak marah-marah kalau tak buat homework ke, itu semua bergantung pada inisiatif sendiri.. Kak ilah kena pandai-pandai pilih kawan, jangan mudah terpengaruh, ingat.. Kejarlah cita-cita, jangan mudah terleka... Kalau nak jadi doktor, persaingan sengit. Tak boleh main-main.."
Alhamdulillah, aku bersyukur kerana aku dikurniakan Allah ibu bapa yang sangat prihatin macam ma dan abah. Memang sejak dari kecil, segala pesanan ma dan abah selalu menusuk ke jiwaku, bagi aku, adalah wajib untuk aku mematuhi pesanan tersebut. Kadang-kadang, aku boleh menjadi sangat sebak apabila ma dan abah memberi kata-kata perangsang kepadaku..
Rasulullah S.A.W pernah menegaskan, "Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul, tanpa diragui lagi: doa orang yang dizalimi, doa orang yang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya"..
Memang kebiasaanku, untuk menyemarakkan semangat baru dalam diriku, aku akan menulis dalam kertas, umpama memberi peringatan kepada diriku.. Kelakar bukan??? Tapi memang benar, aku akan menjadi bersemangat selepas itu.. (hehehe)
Aku sudah memikirkan, mungkin aku akan menjadi studyholic.. Tak kisahlah, aku memang mahu belajar sepenuh jiwa.. Aku akan mengamati setiap pelajaran dengan begitu bermakna.. Bagiku, itu sangat penting kerana itulah yang akan aku praktikkan setelah menjadi seorang doktor.. Insya'Allah...
Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahkan jalannya ke syurga. Sesungguhnya para malaikat akan menghamparkan sayapnya kepada penuntut ilmu kerana reda dengan apa yang mereka lakukan". (HR Abu Daud)
Ingatlah, hidup kita ini hanya sementara di dunia, hanya akhirat yang kekal abadi.. Oleh itu, jadikanlah segala perbuatan kita sebagai ibadah.. Alangkah sia-sianya jika belajar selama 6 tahun, tetapi tiada langsung ganjaran pahala yang diperoleh daripada pembelajaran tersebut.. Kita pun tak tahu bila ajal akan datang menjemput..
AKU AKAN BERUSAHA SEHABIS MUNGKIN UNTUK MENCAPAI SEGALA CITA-CITAKU... ANDAI AKU TERSUNGKUR, AKAN KUGAGAHKAN LANGKAHKU UNTUK BANGKIT SEMULA..
lilahi ta'ala...
ESOK MENTARI AKAN BERSINAR DAN DIRI INI AKAN BAHAGIA..