Thursday, May 27, 2010

sunshine~


Rasanya macam sudah lebih seminggu ilah tidak menjenguk diari kesayangan ilah ini. Patutlah diari ini macam sedih semacam saja. Maaf ye, puteri ilah minta maaf ye, bukannya sibuk macam first lady pun.. Tetapi ilah banyak memikirkan tentang masa depan… (ceh wah)

Dalam minggu lepas, abah minta cuti dua hari sebab nak uruskan pasal kemasukan ilah ke UM. Hari khamis, ilah ikut abah pergi buka akaun bank, beli barang-barang yang hendak dibawa. Ilah ada Nampak satu beg tu, lawa, rasa macam nak beli, tapi tak jadi nak beli. Nak tunggu ma dululah. Lagipun, senang sikit nak dapat lampu hijau kalau minta dengan ma. (taktik lapuk)…

Hari jumaat, ilah suruh along teman ilah buat medical check up. Tapi ilah suruh along pergi jalan-jalan dulu sementara tunggu ilah habis check up. Penat tunggu giliran, ramai sangat yang datang. Mula-mula, kena buat pemeriksaan air kencing dulu (urine test). Lawak, tak nak cerita pasal urine test, buat ilah kelam-kabut saja. Haha.. Tapi, tak best dan menyusahkan nak buat urine test ini.

Ilah kena buat x-ray, aish, tak suka buat x-ray, leceh betul.. Kali pertama ilah buat x-ray pun waktu nak masuk MRSM Tingkatan 1. Lagipun, buat x-ray ini boleh bunuh sel-sel badan. Tup tup, ilah terserempak dengan kawan lama. Dia kawan sekolah rendah ilah di Selangor dulu, sekali dengan iman dan ilham. Azham Aizat tu sudah tinggi, ilah nampak kerdil di hadapan dia. Haha.. Agaknya azham terlebih makan calci-yum dan kacang panjang. Tapi, waktu sekolah rendah, dia memang tinggi macam itu. Kalah ilah dibuatnya. Dulu waktu sekolah rendah, ilah antara orang yang tinggi dalam kelas, tetapi itu dulu. Sekarang sudah lain, tetapi ilah bahagia dengan diri ilah. Manusia merupakan sebaik-baik ciptaan Allah, jadi, terimalah seadanya. Kalau kita pandai menghargai diri kita, pasti kita akan temui kelebihan kita yang tersendiri.

Ilah sempat kenal-kenal dengan beberapa orang waktu sedang kebosanan menunggu giliran. Ada juga yang lepasan SPM macam ilah, tup tup, dia pun dapat UM sama dengan ilah. Rupa-rupanya dia kawan Aisyah Zaifuddin dan Izzat Solihuddin. Tapi, kawan baru ilah tu, Faiezah namanya, pun tunggu MARA juga. Ilah sempat berbual dengan seorang mak cik. Dia ada appointment dengan doktor. Katanya, enam bulan sekali, dia akan datang untuk buat check up. “Maklumlah, dah berumur macam ni”. Lebih kurang macam itu ayat dia. Ilah seronok tegur orang, buat muka tak malu sudah. Haha… Macam wartawan pun ada.

Ilah sedih bila nurse tu cakap, ilah kena buat cermin mata. Dia cakap mata ilah dah rabun teruk ni. Ye ke?? Ilah tak percaya la, rasa macam boleh nampak lagi, kalau dalam tv, huruf-huruf yang kecil tu memang ilah tak nampak dengan jelas, tapi kalau yang tulisan besar tu, ilah nampaklah. Jadi, lepas ini, semua orang kena buat tulisan besar macam ilah. Senang ilah nak nampak. Haha.. Tapi, abah cakap, mungkin ilah gelabah sangat waktu nurse suruh baca huruf, sampai tak nampak. Betul juga cakap abah, memang ilah gelabah. Ada-ada sahaja puteri ilah ini.

Ilah paling tersentuh bila ilah nampak ada seorang nenek ini. Ilah tak tahu nenek tu sakit apa, tapi dia berkerusi roda dan asyik merengek. Nenek tu macam nak cakap sesuatu, tapi tak jelas. Sedih ilah tengok nenek tu. Tapi ilah bangga dengan ahli keluarganya, mereka tak malu dengan keadaan nenek tu, dan mereka sanggup menjaga nenek tu. Ma pernah cakap, menjaga orang tua nyanyuk itu satu dugaan untuk anak-anak. Hanya cinta yang tidak bersyarat (unconditional love ) mampu memberi ketabahan kepada anak-anak untuk menempuh dugaan itu. Jadi, selalu berdoa pada Allah, semoga kita dikurniakan unconditional love untuk menjaga orang tua kita.

Selepas doktor mengesahkan ilah sihat walafiat, insya’Allah, ilah tidak sabar-sabar nak pulang. Sudah setengah hari ilah di klinik. Kasihan along, tetap setia menunggu ilah. Bagus, macam inilah abang mithali!! Perut ilah berkeroncong, siap boleh nyanyi lagu korea lagi perut ilah ini. Kelaparan dari pagi, disebabkan medical check up, ilah sanggup berpuasa sekejap. Ilah ajak along makan roti canai di kedai mamak, inilah lunch kami hari ini. Ilah naik motor along macam perempuan melayu terakhir. Siap dengan baju kurung lagi tu. Haha..

Bila dah sampai rumah, mulalah ilah mengadu dengan ma dan abah pasal ilah kena pakai cermin mata. Ma cakap, ilah kenalah tengok benda-benda hijau selalu. (lampu isyarat boleh tak) huhu..

Ma cakap, keputusan PILN MARA keluar pukul 4.00 petang. Pukul 3 ilah dah mula dup dap dup dap. Tapi, nak hilangkan perasaan berdebar-debar tu, ilah tengok drama korea sekejap. Three daddies with one mommy.. Lawak cerita ini, esah pernah rekomen suruh ilah tengok cerita ini, tapi baru sekarang ilah sempat tengok. Tup tup, dah pukul empat. Ilah tunggu lama sikit, tapi ma tak telefon pun. Ilah takut juga, tapi ilah redha dan tawakal atas ketentuan Allah..

Ilah dengar bunyi mesej masuk. Along pun tengok mesej dia. Alhamdulillah, mesej ma rupanya. Ma mesej ilah dapat MARA tu. Ilah kena buat IB di Kolej Mara Banting. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat.

Insya’Allah, ini adalah keputusan yang terbaik untuk ilah. Semua orang cakap, ini peluang yang sangat baik. Ilah kena hargai dan manfaatkan sebaik-baiknya. Memang harapan keluarga sangat besar terhadap ilah. Tetapi, insya’Allah, ilah akan realisasikan impian ini sebaik mungkin. Ini bukan hanya impian keluarga, bahkan ini merupakan impian ilah juga. Tidak mungkin ilah akan persiakan tiket emas ini. Bak kata ma, “Ini hanya tiket sahaja. Selepas ini, barulah perjuangan yang sebenar”… Nasib baik ilah senang sikit nak buat keputusan, sebab ma dan abah sudah tekan butang hijau. Terima kasih ma.. Terima kasih abah.. Ilah tidak akan kecewakan ma dan abah..

Ilah tahu dan sedar, bahawa kehidupan di KMB tidak akan sama seperti di TGB dulu. Malah, lebih mencabar dan banyak persaingan. Tapi, ilah tidak mungkin mengalah. Apalah gunanya hidup ini tanpa ada cabaran dan pancaroba. Teringat kata-kata abang anas, “Apa, ingat Melayu tidak kompetitif ke?”. Haha.. It’s all about your mind!!!

Terima kasih kepada kawan-kawan yang masih sudi memberi nasihat kepada ilah. Teruskan membimbing ilah ye, sahabat-sahabatku!!!


All the best for your future undertakings.

Always be humble and remember Allah”


Semoga kejayaan dan impian tercapai”


Have to work triple hard. You can do it!!!”


“Semoga kita berjumpa lagi. Waktu itu, kita sudah berjaya

dengan kerjaya masing-masing”


“Let’s be a successful doctor”


Tidak kira dari mana kita mula memanjat, sekiranya ada kesungguhan dan keazaman, pasti puncak gunung mampu kita tawan. Teringat kata-kata atok ilham, “See you at the peak”.


Tahniah kepada kawan-kawan kerana kita sudah berjaya sampai ke tahap ini. Namun, perjalanan masih panjang dan hidup mesti diteruskan. Mohonlah kepada Allah, semoga Dia permudahkan segala urusan kita sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Semoga Allah hapuskan segala perasaan bangga dan riak serta hasad dengki dalam hati kita.


Kejayaan pada hari ini tidak menjamin kejayaan pada masa hadapan. Oleh itu, janganlah terleka. Hargailah segala peluang yang mendatang, dan hadapilah hari-harimu dengan keyakinan yang utuh…

Sekali sudah menapak di dalam gelanggang, tidak mungkin mampu berundur kembali.

Bersedialah dari segenap aspek: emosi, fizikal, rohani…


Ilah mengambil kesempatan ini

untuk mengucapkan terima kasih

banyak-banyak

kepada semua kerana selalu

memberi sokongan

kepada ilah.


Terima kasih untuk segala-galanya…

Ilah juga minta maaf

atas segala kesalahan ilah.


Maafkan ilah andai

ada yang terguris hati dengan

tindak –tanduk ilah selama ini..


Maafkan ilah ye!!

Ilah minta halalkan segala-galanya..


Doakan semoga ilah tabah

menempuhi cabaran yang

mendatang dan tidak akan

berputus asa…


Semoga kejayaan

dunia akhirat

milik kita semua..

Amin..


Last but not least,

please keep in touch k!!!


princess note: don't look at the past anymore.. keep it going in this present.

Monday, May 10, 2010

special edition


MA,
ILAH SAYANG MA..

MySpace


Firman Allah dalam Surah Al-Isra' ayat 23:

Maksudnya: "Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah
melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik
kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-dua
sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan
peliharaanmu
maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan
kasar sekalipun seperti perkataan "ah" adalah tidak dibenarkan
dan janganlah engkau menengking atau menyergah mereka
tetapi katakanlah kepada mereka
perkataan yang baik dan mulia (bersopan santun)".

MA,
TERIMA KASIH..

MySpace

Dalam Islam, kita dituntut agar berbuat baik kepada kedua
ibu bapa dan tuntutan tersebut adalah
sesuatu kewajipan yang perlu ditunaikan..

Firman Allah dalam Surah Lukman ayat 14:

Maksudnya: "Dan kami wajibkan manusia berbuat baik
kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah
mengandungkannya dengan menanggung
kelemahan demi kelemahan dari awal
mengandung sehingga akhir menyusunya dan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun.
Dengan demikian bersyukurlah kepadaku
dan kedua ibu bapamu dan ingatlah kepada Aku.
Akulah jua tempat dikembalikan untuk menerima balasan."


MySpace

MA,
MAAFKAN ILAH
ATAS SEGALA-GALANYA..


Firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 36:

Maksudnya: "Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan
janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua pun
dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa kamu,
kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin,
jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat,
orang yang bermusafir dalam kesusahan dan
hamba yang kamu miliki.
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong,
takbur dan suka membangga diri."


MySpace

MA,
ILAH AKAN BELAJAR
BERSUNGGUH-SUNGGUH
SEHINGGA BERJAYA...


Firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat 24

Maksudnya: "Dan hendaklah engkau merendahkan diri kepada
keduanya kerana kasihan belas dan kasih sayangmu
dan doakanlah untuk mereka dengan berkata"
Wahai Tuhan kami, cucurilah rahmat kepada kedua ibu bapa
kami sebagaimana mereka mencurahkan kasih
sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."


Wahai anak,
kamulah permata hati ibu bapa...

MySpace


Di dalam As Shahih
diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu bahawa
Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :

“Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariyah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak shalih yang mendoakan kepadanya”.



princess note: still blurr??MySpace
come on, let's appreciate our parents!!!

Saturday, May 08, 2010

love letter

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.


Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu , ingatlah hawa janji Allah, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.


Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, keremajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.


Oleh itu hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu , kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongna jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu , cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.


Hawa…..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.


~Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.

~Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.

~Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing,berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.

~Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

~Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

~Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali,dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur.Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

~Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.

~Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia.Karena di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

~Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya.Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya,yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu...








princess note: you decide your own happiness

Thursday, May 06, 2010

reunion




IT WAS A BLAST!!!!

i like it
everyone like it

ALHAMDULILLAH...



princess note: i'll tell more in the next entry.. wait ya!!!

Tuesday, May 04, 2010

cry please

Hari ini
aku belajar sesuatu
perkara baru..

Mungkin selama ini
aku dah belajar perkara ini,
tetapi
hari ini aku
belajar lebih.

Kerana ia merupakan
pengalaman orang..

Aku belajar untuk
mensyukuri apa yang
aku ada..
Memang ragam manusia,
sentiasa tidak berpuas hati
akan apa yang sedia ada
dan mahukan lebih...

LEBIH
DAN
LEBIH...

Aku berharap
segala nikmat yang
aku dapat selama ini
bukanlah satu
ISTIDRAJ..

tahu kan maksud
istidraj??

Istidraj bermaksud
pemberian nikmat oleh Allah
untuk menyesatkan lagi
seseorang yang
ingkar kepada Allah..

Semoga segala nikmat
yang kita dapat selama
ini bukanlah istidraj
semata-mata..

Bersyukurlah
dengan apa yang kamu ada..

Andai kata
Allah tidak memakbulkan
doa kita,
jangan terus
berputus asa..

"Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah"
(Az-Zumar:53)

Allah lebih Mengetahui,
yang mana satu
merupakan yang terbaik
untuk kita..

Pernah tak
kita menangis malam-malam
kerana Allah??
Kerana takutkan azab Allah
di atas dosa kita
yang banyak..

Rasulullah S.A.W bersabda,
"Wajah yang dibasahi air mata kerana
takut pada Allah walaupun
sedikit akan diselamatkan
dari api neraka"..

Oleh itu,
menangislah..




MARI MENANGIS..

Selepas menangis,
tekadkan azam
untuk mengubah diri
kita..
Untuk perbaiki
segala kelemahan
kita..

Insya'Allah,
semoga Allah
permudahkan...




princess note: always smile... it will give happiness to u and others~



Monday, May 03, 2010

so hard

Aish,
so tired u know
thinking about
this reunion thing..

At first, my friends and I
are really excited
about this reunion.
I thought that we planned
it so well,
so that it is going
to work out
smoothly...

Bila aku baca post kawan aku,
'mereka' cakap
'mereka' tak mahu pergi...
Alasan 'mereka' ialah
kerana ramai yang tak pergi..

Di situ,
hati kecilku berkata,
Ramai tak pergi sebab tak tahu pasal reunion ni.
Kalau kau nak ramai pergi,
tolonglah sebarkan pasal reunion tu..
Kan lebih baik daripada
merosakkan rancangan
kami..

Rupa-rupanya,
susah jugak nak kumpulkan
semua orang yang dah
berpisah selama 5 tahun ni..

But,
I'm not going to give up!!!!

Bersusah-susah dahulu,
bersenang-senang kemudian...

Hahahaha..
Yang penting, aku nak jumpa kawan-kawan aku..
Kalau 'mereka' tidak mahu datang,
terpulanglah..

Mesti ada hikmah di sebalik
kesusahan ni..

Kita kena rasa susah dahulu
untuk menikmati kemanisan
sesebuah kesenangan..

Insya'Allah..
Doakan semuanya berjalan
lancar....

princess note: feel relieved after writing this post..

Sunday, May 02, 2010

die as a muslim

Menanti Di Barzakh

Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com


mari nyanyi bersama-sama (make sure u have a nice voice k!!)

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,





tadi aku ikut ma ke surau,
ada kursus pengurusan jenazah..
banyak yang aku belajar..
kamu mahu tahu ke???
silalah, jangan malu-malu..

hukum menziarah ini sunat muakkad...
sangat dituntut dalam Islam..
lagipun, dapat mengeratkan ukhuwah sesama kita..

antara adab ziarah orang yang sudah nazak:
- ajar kalimah syahadah

-baca surah yaasin
-baca surah al-Ra'du
-doakan pesakit

kematian itu merupakan perkara yang pasti. cuma Allah tidak memberitahu
kita bila kita akan meninggal dunia, kerana Allah
mahu uji sejauh mana tahap keimanan kita...

Surah Ali 'Imran: ayat 185
"Tiap-tiap yang bernyawa pasti merasai mati, dan bahawasanya
pada Hari Kiamat saja disempurnakan
balasan kamu"..


Pernah terdetik tak di hati kita,
bagaimana jika kita tidak sempat
bertaubat sebelum Malaikat Izrail
mencabut nyawa kita??
nauzubillah..

Sebenarnya aku masih samar-samar
tentang pengurusan jenazah..
Baru kali pertama aku pergi kursus ini..
Memang, kalau bab pengurusan jenazah ini,
teori saja tidak mencukupi.
Ia perlu dilengkapi dengan latihan praktikal.

Tetapi,
mampukah aku??
Untuk memandikan jenazah??
Mengkafankan jenazah??
Banyak yang perlu dipelajari..
Memang ini fardhu kifayah,
tetapi untuk mempelajarinya
adalah fardhu ain..

Pernah tengok tak cerita ni??

Cerita tentang seorang lelaki kaya,
waktu dia meninggal dunia,
susah untuk mencari orang untuk
memandikan jenazah,
ustaz di surau ada urusan
memandikan jenazah di tempat lain.

Jadi, keluarga lelaki tersebut
kebingungan..
Memang mereka banyak duit,
boleh mengupah sesiapa sahaja
untuk memandikan jenazah.
Tetapi Allah mahu uji dan
beri kesedaran kepada mereka...

Nasib baiklah,
ahli keluarga tersebut
berjumpa dengan seorang ustaz
yang mengajar
kursus pengurusan jenazah
di tempat kerjanya..

Jenazah lelaki tersebut
selamat dimandikan..

Inilah satu kesedaran yang aku
dapat dari kursus tadi..

Kita tidak boleh mengharap
sahaja kepada orang lain
untuk memandikan jenazah
ahli keluarga kita.
Seharusnya, kita
sama-sama membantu
memandikan jenazah tersebut..
Itulah bakti terakhir yang
mampu kita lakukan..

Insya'Allah..
Semoga Allah membuka hati kita
untuk belajar lebih lagi
tentang pengurusan jenazah ini..

we would never know about something if
we don't try it..



princess note: prepare well for everything.. dunia dan akhirat~

new spirit

Cuti aku yang tak bergaji ini hanya tinggal 3 minggu sahaja lagi..
Sedihnya, lepas ini dah tak boleh cuti..
Dah tak boleh goyang kaki, senang-lenang di rumah..

Tapi, kegembiraan aku mengatasi kesedihan aku sebenarnya..
Memang aku rasa tak sabar sangat nak menempuh satu lagi fasa dalam hidup aku.
Fasa di mana aku bukan lagi bergelar budak sekolah ataupun budak hingusan sepertimana di sekolah menengah dan sekolah rendah..
Fasa ini bagiku sangat penting..

Fasa ini yang akan menentukan sama ada aku akan mencapai segala cita-citaku yang kubina sejak aku mula mengenal erti angan-angan..
Aku memang seorang yang kuat berangan,
Tapi aku segan nak berkongsi apakah yang aku selalu angan-angankan...
Biarlah hanya aku dan Allah sahaja yang tahu...

Aku tidak mahu segala angan-angan itu kekal menjadi angan-angan..
Aku mahu semuanya menjadi realiti...
Insya'Allah, aku akan berusaha sehabis mungkin untuk merealisasikan impianku.

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum,
melainkan kaum tersebut yang mengubahnya"


Ma dan abah selalu berpesan kepada anak emas mereka,

" Kak ilah kena ingat, study di u tak sama dengan study di sekolah menengah.. Di u, kak ilah kena cari banyak information sendiri.. Tak boleh bergantung sangat dengan lecturer (bukan cikgu lagi taw).. Yang penting, di u, tak ada orang nak jaga keperluan kak ilah. Bukannya ada orang nak kejut untuk pergi kelas ke, nak marah-marah kalau tak buat homework ke, itu semua bergantung pada inisiatif sendiri.. Kak ilah kena pandai-pandai pilih kawan, jangan mudah terpengaruh, ingat.. Kejarlah cita-cita, jangan mudah terleka... Kalau nak jadi doktor, persaingan sengit. Tak boleh main-main.."

Alhamdulillah, aku bersyukur kerana aku dikurniakan Allah ibu bapa yang sangat prihatin macam ma dan abah. Memang sejak dari kecil, segala pesanan ma dan abah selalu menusuk ke jiwaku, bagi aku, adalah wajib untuk aku mematuhi pesanan tersebut. Kadang-kadang, aku boleh menjadi sangat sebak apabila ma dan abah memberi kata-kata perangsang kepadaku..

Rasulullah S.A.W pernah menegaskan,
"Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul, tanpa diragui lagi: doa orang yang dizalimi, doa orang
yang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua
ke atas anaknya"..

Memang kebiasaanku, untuk menyemarakkan semangat baru dalam diriku, aku akan menulis dalam kertas, umpama memberi peringatan kepada diriku.. Kelakar bukan??? Tapi memang benar, aku akan menjadi bersemangat selepas itu.. (hehehe)

Aku sudah memikirkan, mungkin aku akan menjadi studyholic.. Tak kisahlah, aku memang mahu belajar sepenuh jiwa.. Aku akan mengamati setiap pelajaran dengan begitu bermakna.. Bagiku, itu sangat penting kerana itulah yang akan aku praktikkan setelah menjadi seorang doktor.. Insya'Allah...

Rasulullah bersabda,
"Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah
akan mempermudahkan jalannya ke syurga. Sesungguhnya para malaikat
akan menghamparkan sayapnya kepada penuntut ilmu kerana
reda dengan apa yang mereka lakukan".
(HR Abu Daud)

Ingatlah, hidup kita ini hanya sementara di dunia, hanya akhirat yang kekal abadi.. Oleh itu, jadikanlah segala perbuatan kita sebagai ibadah.. Alangkah sia-sianya jika belajar selama 6 tahun, tetapi tiada langsung ganjaran pahala yang diperoleh daripada pembelajaran tersebut..
Kita pun tak tahu bila ajal akan datang menjemput..

AKU AKAN BERUSAHA SEHABIS MUNGKIN
UNTUK MENCAPAI SEGALA CITA-CITAKU...
ANDAI AKU TERSUNGKUR,
AKAN KUGAGAHKAN LANGKAHKU
UNTUK BANGKIT SEMULA..

lilahi ta'ala...

ESOK MENTARI AKAN BERSINAR
DAN DIRI INI AKAN BAHAGIA..


princess note: let's work together, okay!!!!