Saturday, December 11, 2010

bila hati berkata-kata

Assalamualaikum wbt...

Ke hadapan hamba Allah yang bernama insan, apa khabar kalian? Bagaimana iman kita pada hari ini? Adakah sudah turun berbanding semalam ataupun sudah naik dari semalam? Today is better than yesterday, is it? Ilah baru seminggu bercuti dari hidup yang penuh kesibukan di KMB.. Namun, diri ini terasa alpa dan lalai sepanjang cuti ini. Mengapa ya? Mungkin salah ilah sendiri yang tidak berusaha mengingatkan diri sendiri.. Terpana ingatan ilah dengan kata-kata kakak senior ketika kami berada di taman syurga..

"Allah yang kita sembah di rumah sama sahaja dengan Allah yang kita sembah di KMB. Jadi. tiada isu iman turun naik ketika kita semua berada di rumah"..

Ilah sangat hormat akan kakak ini. Setiap butir bicaranya pasti akan menusuk di jiwa ilah. Tapi bukan ilah seorang sahaja, sahabat-sahabat ilah pun berasa perkara yang serupa. Alhamdulillah, itu mungkin merupakan salah satu daripada logam yang terdapat dalam dirinya. Insya'Allah, semoga Allah memelihara logam tersebut dan membimbingnya untuk menyebarkan cinta Allah di muka bumi ini.

Ilah terlupa sesuatu. Sebelum itu, ilah nak berkongsi satu hadis:

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”...

Pada pandangan ilah, maksud hadis ini ialah:

Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman. Sekiranya ‘jahil’, nilai itu akan menyokong jahiliyyah dan sebaliknya, sekiranya dia Islam, nilai itu akan menyokong Islam. Segalanya bergantung kepada kefahamannya.

Contohnya, kita imbas kembali tentang Saidina Umar. Dulu, ketika Saidina Umar belum memeluk Islam, dia merupakan seorang yang tegas dan semua orang takut padanya. Dan setelah memeluk Islam, dia juga merupakan seorang yang tegas dan berani. Disebabkan ketegasannya, orang kafir tidak berani untuk menghalang dakwah Islam..

Hmm, ilah terdiam sejenak. Apa logam ilah eh? Memasak? Apa ye? Insya'Allah, kita sama-sama fikir dan ayuhlah. Sama-sama kita gunakan logam kita untuk menyebarkan cinta Allah di muka bumi ini.

Siapa ada logam 'berfesyen mengikut cara Islam'? Nanti, sesiapa yang ada logam tersebut, jangan lupa beritahu ilah eh. Sebab ilah nak belajar dari insan tersebut. Kan comel kalau kita semua berfesyen mengikut cara Islam yang sebenar-benarnya..

Eee, best best!!!
MySpace

Tapi, macam mana ye berfesyen mengikut cara Islam yang sebenar-benarnya?
MySpace

Kan, dalam Al-Quran, terdapat semua jawapan bagi segala carca marba persoalan.

Jadi, ilah membelek tafsir Quran sehingga terjumpa ayat ini:

"dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada.."

(Surah An-Nur: ayat 31)


Owh, nampaknya banyak lagi yang perlu ilah perbaiki. Namun, kita patut bersyukur kepada Allah kerana Dia masih menyayangi kita dengan sentiasa membuka hati dan minda kita agar sentiasa mendekatkan diri kepada-Nya.. Insya'Allah..


"Barang siapa diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk, dan barang siapa disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang rugi".
(Surah Al-A'raf :ayat 178)


Jom kita hayati sama-sama video ini~




princess note: ilah sayang semua orang! always support me in this path ok~