Wednesday, March 14, 2012

syurga:)

Assalamualaikum :)
Apa khabar?
Alhamdulillah, hari ini Allah bagi lagi peluang untuk bernafas dan kembali menyembah Dia secara total. Kadang-kadang, kita terlupa sejenak, bahawa Allah sedang memerhatikan kita. Hidup di dunia ini hanya sementara dan semua ini nanti akan ditayangkan semula di padang mashyar.

Kadang-kadang, susah kan nak dapat perasaan malu itu, tak nak buat dosa sebab malu pada Allah. Susahnya :( Sebab itulah, bagi ilah yang alhamdulillah Allah bagi perasaan 'best' itu awal, ilah kena mencari lagi.

Hihi:) Ilah ada misi besar nak buat! Semoga Allah meredhai segala usaha kami...
Nak masuk syurga, sebab nak jumpa Allah & Rasulullah:)

Jom sama-sama kita menantikan pertemuan dengan Allah...
Jaga diri, jaga iman. Ingatlah dunia ini hanya permainan, akhirat itu yang kekal abadi...