Apa khabar semua? Semoga semua yang ilah sayang sentiasa dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah:)
Dearest a princess that has turned to a slave,
Tahu tak, seorang mukmin akan sentiasa dihimpit oleh dua tarikan.
Tarikan pertama, tarikan iman. Kalau bukan tarikan iman, maka tarikan syaitan lah yang menguasainya.
Ayyo! Kalau nak tengah-tengah boleh tak? Mungkin hati kecil kita berkata begitu kan. Yelah, kadang-kadang nak guna jalan ni kejap, bila rasa boring, nak guna jalan yang ni pulak lah. Haha... Sila gelak pada diri sendiri. Dah suluh benderang Allah cakap dalam Quran, tapi saja buat tak faham ye.
Tapi kalau faham pun, kadang-kadang kita saja je buat-buat tak tahu. Owh, ada eh ayat camnie? *sambil menggaru-garu kepala yang tak gatal tu* Aish, kalau macam ni, bukan pencinta terhebat la kita. Cakap je cinta Allah, nak kejar redha Allah, tapi kata-kata cinta sahaja tidak cukup untuk memanifestasikan cinta sejati la! Cinta itu kata kerja. Harus dibuktikan dengan perbuatan. Pengorbanan mungkin. Walaupun sakit, pahit, rasa macam nak naik gila jadinya ! Tapi demi memanifestasikan cinta pada Allah Yang Esa, harus perlu untuk berkorban!
Pernah tak, sekali, even sekali dalam hidup, bila kita start nak futur, nak buat apa yang Allah tak suka, kita terfikir pasal Rasulullah? Tahu tak sekarang kita dapat Islam ni hasil penat lelah sape? Hasil usaha Rasulullah & para sahabat taw. Sedar tak? *sila sedar semua!* Pernah time kita solat, ada orang letak usus perut unta atas badan kita? Pernah tak kita berdoa yang baik-baik untuk orang yang dah baling batu kat kita sampai kaki kita mandi darah? Pernah tak? Hush, tak sedar di untung lagi ke? Rasulullah yang sangat-sangat Allah kasihi tu dah alami banyak sangat, cemuhan, tentangan, kena ugut bunuh, macam-macam. Tapi baginda Rasulullah s.a.w. (sila selawat sekarang) sanggup! Demi siapa? Ummati ummati ummati! Tahu tak kita ni umat Rasulullah s.a.w.?
Cuba kita fikir, takkanlah kita nak meruntuhkan segala usaha dakwah yang Rasulullah buat, just semata-mata nak ikutkan sangat jahiliyyah kita? Ya Allah! Nikmat sangat ke buat dosa tu? Besar lagi kot nikmat syurga tu.
"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (13:35)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (55:56)
"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezkinya di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (19:62)
"Dan mereka mengucapkan: "Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah (memberi) kepada kami tempat ini sedang kami (diperkenankan) menempati tempat dalam syurga di mana saja yang kami kehendaki; maka syurga itulah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal." (39:74)
Tahu tak banyak lagi sebenarnya? Bacalah terjemahan Al-Quran. Carilah. Banyak lagi ayat-ayat pasal syurga yang Allah rakam untuk kita taw. Don't believe it? Challenge yourself to figure them out la!
Kalau nak Allah, buatlah cara nak. Jangan asyik-asyik nak cari alasan. Ingat alasan itu boleh tegakkan Islam dalam diri? Teringat kata-kata seorang sahabat yang comel,
"We have to work harder for Allah!"
Okaylah tu. Sit down properly and muhasabah balik. Once you already know what's the problem, go quickly and find the solution. Don't waste time anymore. Get your job done! Because Allah and His Prophet are waiting for us. In His jannah! :) Semoga Allah pilih awak, saya, dan mereka untuk menjadi tetamu agung dalam syurga-Nya!
nak senyum macam ni bila masuk syurga Allah nanti! mahu? |
p/s: tak terliur ke dengar pasal syurga? :)