Sunday, April 28, 2013

:) :) :)

i want to do everything for Him!

Assalamualaikum :) :) :)

Allah masih memilih, meski apa yang sering aku lakukan, meskipun aku kalah dalam mujahadahku, meskipun sering kali aku kalah dengan hawa nafsuku.

ya Allah,
alhamdulillah ya Allah :)
apa yang ada pada diriku ini untuk aku persembahkan pada Engkau?
nangis memikirkan.

ya Allah,
walaupun aku lemah dan penuh kekurangan,
aku mahu,
dan aku tahu aku mampu berjuang,
kerna aku punya Tuhan Yang Maha Kuat :)

perjuangan aku ini hanya seciput,
berbanding Rasulullah dan mereka, yang sudah mendapat syurga yang Engkau janjikan.

ya Allah,
aku mahu perjuangkan apa yang aku nak.
Aku mahu terus perjuangkan apa yang Engkau redhai.
walaupun aku tahu aku bertatih tatih,
walaupun aku tahu aku lemah,
tapi aku mahu ya Allah,
menjadi dalam kalangan mereka yang Engkau redhai.

antunna, kite tsiqah dan akan tetap sayangkan antunna kerna Allah.
dan 'mereka' akan kite sayang kerna Allah jua :)

kerana perjuangan kita sama :)
mencari redha Dia <3 nbsp="" p="">

Sunday, April 14, 2013

selfish entry

ya Allah, 
hanya Engkau yang mampu melegakan hati ini,
hanya Engkau yang mampu mensucikan diri ini,
hanya Engkau yang mampu membuatku tersenyum bahagia,
hanya Engkau yang mampu membuatku menangis tiba-tiba.

ya Allah,
andai ini dugaan yang Engkau beri,
aku terima dengan redha,
walaupun pahit, umpama memakan diri,
namun ya Allah,
moga pengorbanan ini membawaku kepada-Mu.
walaupun nampak mustahil,
moga ini mendekatkanku kepada-Mu.

perjuangan itu ertinya berkorban,
berkorban itu ertinya terkorban.

ya Allah,
andai aku ingin hidup seperti mereka,
andai aku ingin lantang menuntut hakku,
andai aku ingin dapat apa yang seharusnya bukan milikku,
andainya aku ingin memberontak,
terus memberontak, membuat dinding itu,

tapi hati aku sakit ya Allah jika aku terus berbuat begitu.

namun ya Allah,
aku masih tidak mampu membuka hati untuk mereka.
egokah aku?
aku tahu aku ego ya Allah.

tapi aku merindui mereka.
amat.amat.amat.amat
aku ingin menangis di hadapan mereka,

ya Allah, apa yang ingin Engkau ajarkan padaku?
aku merindui mereka.
mungkin aku terlalu setia.

ajari aku ya Allah, perbetulkan aku ya Allah, 

ya Allah, 
ajari aku untuk menghalalkan segala hakku yang tidak tertunai,
ajari aku untuk terus berkorban,
ajari aku untuk terus terkorban,
ajari aku untuk tulus ikhlas mencintai-Mu,
ajari aku untuk hanya mengadu pada Engkau,
mungkin sebab itu Engkau meletakkan mereka jauh daripadaku,
ajari aku untuk hanya bergantung pada Engkau,

inilah tajarrud, fadhilah.
menyerahkan diri sebenar-benarnya pada Allah.

tajarrud.
perlukan amal.

p/s: ya Allah, aku sanggup! demi redha-Mu :) demi syurga-Mu :)
beri aku kekuatan ;(

Saturday, April 13, 2013

*banjir sudah*

i want to do everything for Him!

Assalamualaikum :)

Nak cerita something.
Tadi Google + dengan mereka. Best sangat! huhu :)

Borak about the usual stuffs, ma pesan baca al-Mulk, as-Sajdah before tidur.
Ma pesan jugak, selalu doa banyak-banyak pada Allah before study.

Dan akhirnya Allah gagahkan diri untuk cakap,
"Ma, nanti time cuti, ilah ada program. Nanti ilah bagi tarikh eh, so nanti xdelah clash dengan tarikh kita nak balik kampung".

Then, dia tanya, "Usrah ke?"

Lidah ini terus melaju, "A'ah".

Fadhilah, jom! Study betul-betul yok!
Jangan jadi fitnah!

Dalam muntalaq, one of ciri-ciri dai'e mukmin is: Menghindarkan diri daripada fitnah.

Jom, study betul-betul.

Like how much you love doing dakwah, that's also how you should love your study.

Jom jom!

Semoga Allah beri kekuatan :) :) :) :)

Tuesday, February 19, 2013

ajarkan aku :(

hati ini perlukan penyucian.

nak terus tsabat atas jalan ni atas dasar keimanan pada Dia, atas dasar kefahaman tentang agama-Nya. mungkin ini satu penyucian daripada Dia. agar tidak bergantung pada manusia-manusia itu. terus berpaut pada kuasa Yang Maha Agung.

amat susah untuk membetulkan niat pada setiap langkah. ada kalanya niat itu bercampur baur. suci dan kotor. susah juga untuk mendapat hati yang bersih itu. tapi, Allah sentiasa memberi harapan yang baru setiap hari.

kadang-kadang terfikir. mengapa ujian ini seringkali menimpa aku. ujian yang sama. berkait rapat dengan perasaan. sah sah lah, aku tak lepas lagi ujian-Nya lagi. ya Allah, tunjukkan hamba-Mu ini jalan petunjuk Engkau.

bukan sebab manusia-manusia itu aku ingin berada di situ.
tapi hanya semata-mata kerana Engkau.
berikan aku hati yang bersih ya Allah :)

aku ingin melepaskan diriku daripada segala himpitan manusia,
daripada segala harapan dunia yang hanya mengecewakan,
kadang-kadang aku boleh tersenyum sendirian memikirkan tentang Engkau,
begitu banyak Engkau beri padaku.
tak pernah sekalipun Engkau menghampakan aku,
begitu indah dan tinggi jika bercinta dengan Engkau.

ya Allah, bantu aku melepaskan diri daripada cinta dunia ini.
memang benar kata-kataMu.
cinta dunia dan seisinya hanya mengecewakan,
hanya menghampakan,
tiada kesudahan,
hanya buat hati ini bertambah perit.

tidak ingin aku tinggalkan jalan ini kerana dunia yang fana ini.
bantu aku ya Allah.
bantu kami ya Allah.

ajarkan aku cara mencintai-Mu dengan ikhlas.
kerana aku tahu dan aku yakin,
cinta dunia hanya mengecewakan.

Wednesday, January 23, 2013

between Him and me :)

Angka itu...

Mula-mula bila nampak angka itu, okay je sebenarnya.
Because I know I need that soft push from Him now.
Tiba-tiba teringat, Allah itu Al-Latif.
Dia yang Maha Lembut.

But I waver,
When I started thinking them.

Thank you ya Allah,
For giving me what I need the most for now.

Rasa macam plot cerita ini pernah berlaku di KMB suatu masa dahulu.
Haha...
Cuma mungkin perjuangan dan mujahadah yang lebih moksya diperlukan sekarang!

There's no more time for your jahiliyyah!
Sehari kehidupan individu equals to setahun kehidupan umat.

ya Allah,
give me the guidance.
always.
non stop asking for it.

p/s: nak buat dengan hati.
yang suci dan bersih.
macam salji yang Dia bagi.


Saturday, January 05, 2013

impian kecil kot?

Esok jaulah ke Spain.
Sebenarnya tak tahu nak rasa apa.
Dan tak tahu jugak nak expect apa.

But this is what I'm waiting for.
Takut untuk ke bumi itu.
Jika hati tak rasa kepunyaan pada bumi itu.
Jika hati tak rasa apa yang sepatutnya dirasai.

Buntu
Kelu
Speechless
Feelingless

Tak mengharapkan jutaan gambar
Tak mengharapkan shopping yang berlebihan dan tiada makna
Tak mengharapkan ukhuwah yang tidak dimaknai atas dasar cinta dan taqwa pada Dia
Tak nak mengharapkan taksub dan kagum pada bangunan-bangunan mewah itu
Tak mengharapkan nama gah 'Spain' yang terkenal dengan football team

ya Allah, pandu hati-hati kami
Janganlah Engkau biarkan hati-hati kami terlena dengan dunia yang sementara ini

Fakta yang dibaca
Ya Allah, hanya Engkau yang mampu memberi rasa

Pandu kami ya Allah
Jangan biarkan kami menzalimi diri kami sendiri

Tak nak mengharapkan expectation manusia yang bergunung tinggi
Cukuplah hanya Engkau di hati-hati kami

Ingin mencari fikrah dan semangat jihad Musa bin Nushair
Juga tummuhat Thariq bin Ziyad
ya Allah, betulkan niat kami setiap kali kami mengatur langkah

Aku dengan kerdilnya
hinanya

Give me ya Allah, anything what I need the most :)

ya Allah, Engkau bimbinglah hati-hati kami yang sentiasa berbolak balik ini.
Tetapkan hati-hati kami atas agama-Mu ini ya Allah.

p/s: tolong doakan kami ye :) jazakillah khair katheera <3 p="p">