hati ini perlukan penyucian.
nak terus tsabat atas jalan ni atas dasar keimanan pada Dia, atas dasar kefahaman tentang agama-Nya. mungkin ini satu penyucian daripada Dia. agar tidak bergantung pada manusia-manusia itu. terus berpaut pada kuasa Yang Maha Agung.
amat susah untuk membetulkan niat pada setiap langkah. ada kalanya niat itu bercampur baur. suci dan kotor. susah juga untuk mendapat hati yang bersih itu. tapi, Allah sentiasa memberi harapan yang baru setiap hari.
kadang-kadang terfikir. mengapa ujian ini seringkali menimpa aku. ujian yang sama. berkait rapat dengan perasaan. sah sah lah, aku tak lepas lagi ujian-Nya lagi. ya Allah, tunjukkan hamba-Mu ini jalan petunjuk Engkau.
bukan sebab manusia-manusia itu aku ingin berada di situ.
tapi hanya semata-mata kerana Engkau.
berikan aku hati yang bersih ya Allah :)
aku ingin melepaskan diriku daripada segala himpitan manusia,
daripada segala harapan dunia yang hanya mengecewakan,
kadang-kadang aku boleh tersenyum sendirian memikirkan tentang Engkau,
begitu banyak Engkau beri padaku.
tak pernah sekalipun Engkau menghampakan aku,
begitu indah dan tinggi jika bercinta dengan Engkau.
ya Allah, bantu aku melepaskan diri daripada cinta dunia ini.
memang benar kata-kataMu.
cinta dunia dan seisinya hanya mengecewakan,
hanya menghampakan,
tiada kesudahan,
hanya buat hati ini bertambah perit.
tidak ingin aku tinggalkan jalan ini kerana dunia yang fana ini.
bantu aku ya Allah.
bantu kami ya Allah.
ajarkan aku cara mencintai-Mu dengan ikhlas.
kerana aku tahu dan aku yakin,
cinta dunia hanya mengecewakan.