Friday, October 19, 2012

life is meaningful if

Assalamualaikum :)

Okay, kejap! *betulkan niat dulu sebelum menaip la*

Dah sebulan lebih berada di bumi Ireland. How's Ireland treating me so far? Entahlah.
Awal-awal dulu, sangat rasa mereka sangat penyayang. At first, quite awkward with it. But now, I realise. It's because dakwah kita kan dakwah kasih sayang, right?

Kadang-kadang, rasa diri ini lambat. Mereka sibuk berlari-lari mengejar, nampak di muka mereka keletihan, kebusyan, faham sangat perasaan itu. Di suatu masa dahulu. Ketika itu, hanya Allah yang tahu. Ketika itu, tahap pergantungan pada Dia sangat-sangat dirasakan. Sebenarnya rindu perasaan itu. Sometimes, I feel like I really want to help them. I want to be their shoulder, even for them to rest for a while.

Pernah je rasa ada orang tak menunaikan hak diri ini. Tapi, amatlah kerdil diri ini untuk meminta-minta. There is a time, when I reflect back, there's a lot of things or something that He has already given to me. Without I'm asking for it, He gave them. Everything. Full with bless. I don't want to ask anything anymore. Because I just realised, I will be full enough if I have Him :)

Tadi, balik kelas bercakap-cakap dengan Dia. Sambil melihat pokok-pokok yang semakin luruh, dari hijau menjadi kuning. Suka. Kagum. Sedih jugak. Macam mana Rasulullah boleh sabar atas jalan ini walaupun dia bermula berseorangan? Hassan al Banna pun sama.
Something that I want to ponder on myself. *sedih*

My journey has just begun. I want to restart over again and keep moving on until I find Him in jannah. Insya'Allah :)

To everyone, it's not too late to start over again. May Allah bless everyone :)

mood: erti hidup pada memberi. memberi kehidupan kepada yang lain.

p/s: doakan :)

Sunday, July 22, 2012

mwahh!

Assalamualaikum semua! :)

Jika benar kita sayang Dia, kita mahu bekerja untuk Dia. Kita mahu bersegera untuk
menolong agama-Nya. Takkan pernah kita mencari alasan mahupun cuti sebentar untuk berehat-rehatan. Jika benar kita ikhlas mahu menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini!

Mungkinkah gathering kita hari itu adalah yang terakhir sebelum masing-masing mengorak langkah ke fasa baru? Itu mungkin gathering jasad yang terakhir. Tetapi bukankah kita sentiasa berjanji, kita akan sentiasa gathering sama-sama di malam hari, tika masih ada yang lena dibuai mimpi, kita mahu bangun untuk bersujud pada Dia? Tanda kita hamba yang bersyukur.

Semoga kita terus kuat atas segala dugaan yang mendatang. Adik-adik, terus kuat ye di bumi yang dirindui itu. Kadang-kadang, terasa juga mungkin sebab kelemahan kami, tapi akak percaya adik-adik mampu untuk meneruskan dakwah di bumi itu. Kerna Allah tahu adik-adik mampu! Ingatlah, bergeraklah bertunjangkan iman dan taqwa pada Dia. Kerna itulah yang mampu mengekalkan kita atas jalan pilihan ini, insya'Allah :) Akak sayang adik-adik sangat-sangat. Mungkin terlalu expressive tetapi itulah. Semakin merindui gelagat dan semangat semua. Doakan semoga kami mampu terbang lagi di bumi itu.

Sahabat-sahabat saya, everyone seems to have your own path. Got to settle our own matters. Tapi, no one is left behind. Sentiasa baca doa rabitah itu, minta pada Dia agar sentiasa beri kekuatan pada semua walau di mana kita berada. Minta pada Dia agar sentiasa ikat dan tsabatkan hati-hati kita dalam perjuangan mengejar redha Dia. Jazakumullahu khairan katheera atas segala-galanya. Kalian banyak mengajar. I never regret to know all of you, because from there, I found Him :)

Bertebaranlah kalian atas muka bumi ini. Laksanakanlah tugas kita masing-masing. Genggam perjuangan itu erat-erat. Tunaikannya agar suatu hari nanti, ia mampu menjadi bukti cinta kita pada Dia di padang mashyar kelak. Ini bukan main-main, tapi ini cita-cita kita yang kita dukung bersama.

Sentiasa ingatkan satu sama lain. Jangan tinggalkan sesiapa. Bawa semua ke arah Dia! Di sini, tiada isu pentingkan diri sendiri, sebab Allah tak suka mereka yang pentingkan diri sendiri. Di kala sekeliling kita kabur, tak tahu mana satu Islam mana satu jahiliyyah, doalah pada Dia, tunjukkan yang benar. Imbas semula kisah-kisah perjuangan Rasulullah, dan jangan lupa love letter kita. insya'Allah, semoga Allah kembalikan kita pada-Nya dalam kalangan mereka yang beriman dan mati syahid!

:)


Tuesday, July 10, 2012

gulp

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, alhamdulillah.

Hari ini Allah bagi satu ketukan setelah lama sangat tak diketuk.
Pada mulanya, saya nak cakap, "Kenapa aku?"
Tapi kan, satu ketukan yang menyedarkan diri ini tanda Allah sayang taw! :)

Mungkin kadang-kadang kita kuat beri alasan, itu ini, sana sini, itu macam,
macam-macamlah,
Kita tahu saje itu satu alasan, are you really sure you have solid reasons, or you just make up those excuses?
Nak cakapnya, Allah tahu hati-hati kita.

Semakin kita lari dari pengetahuan Allah, percayalah kita tak akan mampu lari pun.
Sebab Allah itu ada di mana-mana.
Nak main hide and seek with Him?
Please give up yourself because for sure, you are going to LOSE.

Kembalilah kepada Allah, dengan sepenuh penyerahan,
betul-betul meletakkan hidup kita di tangan Dia,

saya percaya, apabila Allah ketuk,
itu maknanya Dia sayang kat kite.
Selalu je Allah ketuk, cuma saya je yang tak perasan.

Dari Nawas bin Sam’an r.a. dari Nabi Muhammad saw., beliau bersabda, “Kebaikan adalah akhlak yang baik, sedangkan dosa adalah segala hal yang mengusik jiwamu dan engkau tidak suka jika orang lain melihatnya.” (Muslim)


Mintalah fatwa daripada hati.



So, stop worrying.
Go to Him, and let Him to help you.



Monday, July 09, 2012

T_T

Assalamualaikum :)

Sejak akhir-akhir ini, kalau perasan lah kan, banyak post entries saya guna awak awak kan?
Saya hanya mampu berkongsi, tapi saya tahu Allah jua yang akan memegang hati-hati, Allah juga yang mampu menyentuh hati-hati.

Awak awak itu saya tujukan untuk mereka semua, sama ada yang pernah saya jumpa, ataupun mereka yang saya tak pernah jumpa. Untuk awak semua lah! :)

Mesti semua selalu dengar kan satu hadis ini. Tapi saya nak share jugak!

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)



Mungkin susah kan nak buat macam hadis kat atas.
Tapi, saya nak cuba buat jugak!
Sebab itu, saya nak kita, saya, awak, sama-sama jaga each other.
Demanding tak saya?


insya'Allah, jom kita buat sama-sama,
sebab Allah kay :)

Sunday, July 08, 2012

insya'Allah :)




Assalamualaikum:) Awak sihat?

Tahu tak apa antara perkara yang best yang Allah bagi time saya kat KMB?

saya sayang mereka :)



Hehe, saya ada akhawat-akhawat saya! Mereka ini lain daripada yang lain. Ada sorang tu, sangat-sangat suka melawat bilik ktorg. Hehe, dia nak check, ktorg tengah buat apa. Tengah tidur ke, kalau tidur, dia nak kejutkan. Ada juga yang datang, bila ktorg tak pergi kelas. Nak check, ktorg dah makan ke belum, sihat ke tak ni? Ada jugak yang selalu ajak riadah. Kadang-kadang, kalau rajin, joinlah. Tapi selalunya memang nak riadah sebab akhawat ajak kan.

Kadang-kadang kan, bila hati saya tengah gersang, Allah hantarkan akhawat-akhawat ini untuk buat hati saya basah. Kadang-kadang, bila kita malas baca buku walaupun tahu diri ini tak banyak ilmu pun, tapi disebabkan akhawat itu tahu banyak, kita nak merajinkan diri baca buku. 

Ada orang pernah cakap, bila pandang mata akhawat, kita boleh cakap, "Aku tahu apa yang ko rasa". "Aku tahu apa yang ko busy kan". "Aku tahu kita menanggung benda yang sama". "Aku tahu kita tengah buat kerja yang sama". 

Kalau akhawat penat, kita tahu dia penat sebab apa. Penatnya lain daripada yang lain. 

Allah hantar akhawat-akhawat untuk kuatkan diri masing-masing. Tapi kan, kalau saya takda awak, saya tak tahu macam mana. Sebab saya tak sekuat Rasulullah, dakwah baginda bermula dengan seorang. Tapi kan, walau saya tak kuat mana, banyak je kelemahan, saya nak buat apa yang Rasulullah buat. Saya nak sambung perjuangan Rasulullah. Sebab saya tahu saya ada Allah. Sebab saya tahu saya ada akhawat-akhawat saya yang akan sama-sama bertebaran di bumi ini.

Ada orang, Allah perlukan dia di sini. Ada orang, Allah perlukan dia di situ. Boleh jadi sebab dia lebih kuat, jadi Allah perlukan dia di sana. Tapi tak bermakna yang lain lemah.

Semuanya terpulang pada amal kita. Iman kita. Kerja dakwah kita.

Ingat lagi tak, kita sama-sama. Macam-macam lah. Mungkin semua orang boleh amek masa sikit untuk rewind balik. Apa ek selama ini, insya'Allah yang kita dah buat untuk agama Allah ni?

Tak kisahlah di mana kita, kena sentiasa ingat.
Perjuangan kita SATU.
Matlamat kita SATU.
Saf-saf kita SATU.

Saya sayang akhawat-akhawat saya. ( expressive tak? )
Awak tetap akhawat saya
sampai bila-bila,
insya'Allah :)

Bukan sebab saya expressive,
atau awak emotional,
tapi sebab Allah yang menyatukan
hati-hati kita.

Alhamdulillah,
Allah beri awak
untuk ingatkan saya yang lemah ini.

Saya nak berpimpinan tangan 
dengan awak
sama-sama buat kerja dakwah ini
sama-sama melangkah ke syurga.
Semuanya sebab Allah dan Rasulullah 
:)


 


  • cuma janji ngan saya boleh?
  • janji, tolong bagi semangat kat yang lain macam saya
  • they need support
  • janji ngan saya jumpa adek adek dan cakap, memang Allah akan bantu orang yang tolong dia
  • sebab saya tak mampu nak janji ngan diaorg
  • janji ngan saya untuk tak tinggalkan pun orang lain..selalu ingatkan
  • sebab nanti diaorg tercari cari, mana akhawat yang kata kita ni sekali
  • janji ngan saya, ingatkan saya kalau saya turun atau lari




     awak tahu, awak buat saya sebak.






    p/s: saya nak kita sama-sama kuat. Allah sedang menguji kita semua. Sama ada kita sedar atau tidak. Let's do something on that. Insya'Allah :)
    "