Sunday, July 08, 2012

awak, awak!!!

Assalamualaikum:) Awak sihat?

Awak,
Saya sayang awak sangat-sangat
Maafkan saya atas kelemahan diri saya

Saya sangat lemah
Sangatlah lemah
Kalau awak tengah bersedih,
Walaupun saya nak buat macam-macam untuk buat awak gembira balik,
Untuk awak senyum balik,
Tapi saya tak mampu,
Kalau bukan tanpa kehendak Dia

I wish that
I might can give up mine
For yours
But I don't really know
Can I really do it?
Sincerely
Without any doubt

I wish that I can see your smile back
But I know
The strength does not lie within me
I'm not the cause for you to be happy
It is only Him that can do it
Perfectly!

Oleh kerana itu,
Sebab saya sangat lemah
Saya sangat serba kekurangan
What can I really do is,
Give you to Him
Serahkan awak pada Allah

Saya tiada kuasa untuk menghilangkan kesedihan awak
Mungkin juga saya tidak bermaya
Tersangatlah lemah
Tapi insya'Allah,
Saya nak temankan awak
Temankan awak
Untuk kita sama-sama tempuhi perjalanan ini

Let's finish the race together!
Kalau saya terlupa, ingatkanlah saya
Ketika saya lemah, salurkan saya pada Allah supaya saya jadi lebih kuat
Ketika awak lemah, insya'Allah saya pun nak buat begitu.

Saya dan awak

Seorang mukmin itu hidupnya sentiasa tenang,
Tidak berduka cita apabila sesuatu luput daripadanya,
Dan juga tidak terlalu gembira apabila sesuatu datang kepadanya.
(57:23)

Mungkin hari ini saya kuat,
Boleh jadi dengan izin-Nya esok saya lemah.
Jadi, kita saling memerlukan
Sebab Allah tahu hamba-hambaNya mudah lupa.

Awak, awak,
"Hairan sungguh urusan orang mukmin itu, bahawa semua urusannya baik belaka; perkara ini tidak akan didapati dalam diri seseorang kecuali pada orang mukmin. Iaitu apabila dia mendapat kebahagiaan maka dia bersyukur dan bersyukur itu baik baginya; apabila dia tertimpa musibah maka dia bersabar dan bersabar itu adalah hal yang baik baginya. "(Riwayat Ahmad)

Awak, awak,
Jom sama-sama kita jadi orang mukmin nak?
The race never ends,
It's still not the end yet,
Because we have not reached the Jannah yet.

Awak, awak,
Allah sayang sangat kat awak.
Saya harap Allah sayang kat saya.
Hehe:)
 Kalau dulu, kita selalu share pasal Dia.
Bila cakap pasal Dia, ada banyak reaksi kan.
Sedih ada,
Happy pun ada,
Semua jenis feeling ada!
Sebab Dia tersangatlah dekat dalam hidup kita.
Lagi dekat daripada urat leher kita.

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, " (50:16) 

Kadang-kadang, saya suka tengok awan.
Luas langit terbentang.
Semuanya yang indah Dia sediakan untuk kita.
Sayang tak Dia pada kita?
Tengoklah diri kita.
Mungkin pada pandangan manusia, kita banyak kekurangan.
Tapi tahu tak, kita ini sebaik-baik manusia kalau kita bertakwa pada Dia.
Lain sungguh kan cara Allah menilai kita.

Pernah awak tengok sekeliling awak?
Cuba perhatikan, 
Apa yang ada?
Keluarga
Kepandaian
Kawan-kawan
Harta
Kasih sayang
Kecantikan
(p/s: Awak tahu tak awak tu cantik? )
Kalau nak list, haha
Tak cukup
dan tak terkira
dan juga mungkin kita tak sedar pun

Awak, awak
Bersyukurlah dengan apa yang ada
dan juga bersabarlah dengan apa yang menanti

Awak, awak
We never be a loser
As long as we submit ourselves 
Fully to Him

Saya tak nak diri saya jadi loser
Saya pun tak nak awak jadi loser
Manusia mungkin nampak kita ini loser
Tapi percayalah dengan janji Allah
Dia akan menjadikan orang-orang mukmin
as the Winners.

Saya sayang awak sangat-sangat
Saya harap saya dapat jumpa
"Miss I" dalam
rasa sayang tu.
insya'Allah :)





mood: kalau awak perlukan saya, cakaplah. saya mungkin tak mampu, tapi saya tahu Allah Maha Berkuasa :)


Friday, July 06, 2012

banyak dah

Tiba-tiba teringat, sambil mendengar lagu ini, 

Kita cakap Allah itu baik hanya waktu kita dapat result best je ke?
Kenapa ye jadi macam itu?
Sedangkan banyak dah yang Dia bagi.

Alangkah Maha Penyabar Allah itu, Maha Pengampun Tuhan kita,
Di kala kita tersungkur buat kali yang entah keberapa, Dia memberi jalan keluar.

Banyak kali sudah. 
Lupakah sudah?

Welcome back!

Assalamualaikum:) Semua sihat? :)

Hari ini saya nak bercerita. Baca dengan penuh sabar ye.

Watak yang saya nak cerita hari ini , saya namakan dia G okay. Rasanya semua orang tahu, apa the latest news for right now? Especially untuk budak-budak Banting. 

Tertarik dengan apa yang G cakap.

G bersyukur alhamdulillah sangat-sangat dengan apa yang Allah bagi. Memang waktu B inform pasal news tu, kecuakan menyelubungi diri G. Penat G berfikir, agak-agaknya apa yang Allah sudah sediakan untuk dia? 

G rasa sangat-sangat tak layak. Sering kali menodai dirinya dengan kesumat jahiliyyah yang dulu dianggap sudah hilang, tapi sebenarnya masih melekat di hatinya. Tertipu dan tertikam dengan mujahadah yang tidak seberapa itu. Tahu itu salah, terdetik dalam hati itu salah, tapi masih menyenangkan diri, takpe, ini kali terakhir. Lepas ni tak buat lagi dah.

Tanpa disedari, G semakin lena dalam dakapan jahiliyyah itu. Sehinggalah Allah menyapanya hatinya, mengusik hatinya, mencuit jiwanya, bermain sebentar dengan perasaan cuaknya, tidak disangka-sangka, itu rupanya hikmah di sebalik pemberian itu.

Mungkin G perlukan pemberian ini untuk kembali pada Dia Yang Maha Esa. Sebab Dia tahu, G takkan mampu hadapi kalau Dia beri yang lain. G tengok, orang lain dapat benda lain, mestilah, aturan Allah untuk semua orang adalah cantik. tersusun sudah. cuma kita je kena pilih, mahu mengikut fitrah atau lari sekencang mungkin dari fitrah tersebut.

Awal tadi, G sudah menenangkan diri, "If u don't get what u want, always remember, this is dunya. U still have to work for the akhirat! ".

But alhamdulillah, i don't know whether G gets what G really wants, or what G really needs.

Okay, reflect to the situation above,

Ilah rasa, kadang-kadang, kita ni tak betul-betul bersyukur dengan apa yang kita ada. Bila nampak mereka yang di atas, kita merasakan, "Wah, bestnye mereka!" Bila nampak mereka yang di bawah, "Wah, bestnyer mereka diuji Allah!". Haha, manusia takkan pernah puas.

Kalaulah ilah tak join tarbiyyah, takkan pernah tahu erti bersyukur tu ape. Takkan pernah sedar yang walau apa pun yang terjadi dalam hidup kita, itulah yang terbaik untuk kita.

Even kita sendiri tak boleh nak cakap, Allah baik kalau Dia bagi apa yang kita nak, and Allah itu tak baik kalau Dia tak bagi apa yang kita nak. 

Get yourself to the celupan iman.

"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri, "

 (57:22-23)

Ambillah pemberian ini sebagai satu ujian. Nikmat pun ujian, musibah pun ujian.
Mungkin Allah atur begini. supaya. kita. kembali. kepada. Dia.

Sudah lama mungkin kita futur, sudah lama mungkin kita tak menangis sebab Dia, sudah lama mungkin kita bergelumang dalam lumpur jahiliyyah itu, sudah lama mungkin kita tak menepati "date" bersama-Nya.

Dia rindu kita semua.

So,
Now,
He wants to bring us back to Him,
(Dia mahu bawa kita kembali pada Dia)

mungkin
melalui nikmat ini,
mungkin juga melalui ujian ini.

Let's move on to another battlefield together! :)
Perjuangan kita masih jauh. Selagi kedua-dua kaki tidak berada dalam syurga, jangan berhenti berusaha.

welcomeback comments, welcomeback graphics

mood: Welcome back to His side, again!

note: sudah sujud syukur? atas segala pemberian Dia pada kita selama ini? hehe :)
jazakillah khair katheera...

Wednesday, June 13, 2012

Kalau nak, buat cara nak!

Assalamualaikum:)
Apa khabar semua? Semoga semua yang ilah sayang sentiasa dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah:)


Dearest a princess that has turned to a slave,

Tahu tak, seorang mukmin akan sentiasa dihimpit oleh dua tarikan.
Tarikan pertama, tarikan iman. Kalau bukan tarikan iman, maka tarikan syaitan lah yang menguasainya.
Ayyo! Kalau nak tengah-tengah boleh tak? Mungkin hati kecil kita berkata begitu kan. Yelah, kadang-kadang nak guna jalan ni kejap, bila rasa boring, nak guna jalan yang ni pulak lah. Haha... Sila gelak pada diri sendiri. Dah suluh benderang Allah cakap dalam Quran, tapi saja buat tak faham ye.



"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" (2:208)

Tapi kalau faham pun, kadang-kadang kita saja je buat-buat tak tahu. Owh, ada eh ayat camnie? *sambil menggaru-garu kepala yang tak gatal tu* Aish, kalau macam ni, bukan pencinta terhebat la kita. Cakap je cinta Allah, nak kejar redha Allah, tapi kata-kata cinta sahaja tidak cukup untuk memanifestasikan cinta sejati la! Cinta itu kata kerja. Harus dibuktikan dengan perbuatan. Pengorbanan mungkin. Walaupun sakit, pahit, rasa macam nak naik gila jadinya ! Tapi demi memanifestasikan cinta pada Allah Yang Esa, harus perlu untuk berkorban!

Pernah tak, sekali, even sekali dalam hidup, bila kita start nak futur, nak buat apa yang Allah tak suka, kita terfikir pasal Rasulullah? Tahu tak sekarang kita dapat Islam ni hasil penat lelah sape? Hasil usaha Rasulullah & para sahabat taw. Sedar tak? *sila sedar semua!* Pernah time kita solat, ada orang letak usus perut unta atas badan kita? Pernah tak kita berdoa yang baik-baik untuk orang yang dah baling batu kat kita sampai kaki kita mandi darah? Pernah tak? Hush, tak sedar di untung lagi ke? Rasulullah yang sangat-sangat Allah kasihi tu dah alami banyak sangat, cemuhan, tentangan, kena ugut bunuh, macam-macam. Tapi baginda Rasulullah s.a.w. (sila selawat sekarang) sanggup! Demi siapa? Ummati ummati ummati! Tahu tak kita ni umat Rasulullah s.a.w.?

Cuba kita fikir, takkanlah kita nak meruntuhkan segala usaha dakwah yang Rasulullah buat, just semata-mata nak ikutkan sangat jahiliyyah kita? Ya Allah! Nikmat sangat ke buat dosa tu? Besar lagi kot nikmat syurga tu.


"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (13:35)


"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (55:56)


"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezkinya di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (19:62)


"Dan mereka mengucapkan: "Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah (memberi) kepada kami tempat ini sedang kami (diperkenankan) menempati tempat dalam syurga di mana saja yang kami kehendaki; maka syurga itulah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal." (39:74)


Tahu tak banyak lagi sebenarnya? Bacalah terjemahan Al-Quran. Carilah. Banyak lagi ayat-ayat pasal syurga yang Allah rakam untuk kita taw. Don't believe it? Challenge yourself to figure them out la! 


Kalau nak Allah, buatlah cara nak. Jangan asyik-asyik nak cari alasan. Ingat alasan itu boleh tegakkan Islam dalam diri? Teringat kata-kata seorang sahabat yang comel, 


"We have to work harder for Allah!"

Okaylah tu. Sit down properly and muhasabah balik. Once you already know what's the problem, go quickly and find the solution. Don't waste time anymore. Get your job done! Because Allah and His Prophet are waiting for us. In His jannah! :) Semoga Allah pilih awak, saya, dan mereka untuk menjadi tetamu agung dalam syurga-Nya! 

nak senyum macam ni bila masuk syurga Allah nanti! mahu?

p/s: tak terliur ke dengar pasal syurga? :)







Wednesday, March 14, 2012

syurga:)

Assalamualaikum :)
Apa khabar?
Alhamdulillah, hari ini Allah bagi lagi peluang untuk bernafas dan kembali menyembah Dia secara total. Kadang-kadang, kita terlupa sejenak, bahawa Allah sedang memerhatikan kita. Hidup di dunia ini hanya sementara dan semua ini nanti akan ditayangkan semula di padang mashyar.

Kadang-kadang, susah kan nak dapat perasaan malu itu, tak nak buat dosa sebab malu pada Allah. Susahnya :( Sebab itulah, bagi ilah yang alhamdulillah Allah bagi perasaan 'best' itu awal, ilah kena mencari lagi.

Hihi:) Ilah ada misi besar nak buat! Semoga Allah meredhai segala usaha kami...
Nak masuk syurga, sebab nak jumpa Allah & Rasulullah:)

Jom sama-sama kita menantikan pertemuan dengan Allah...
Jaga diri, jaga iman. Ingatlah dunia ini hanya permainan, akhirat itu yang kekal abadi...