Tuesday, May 04, 2010

cry please

Hari ini
aku belajar sesuatu
perkara baru..

Mungkin selama ini
aku dah belajar perkara ini,
tetapi
hari ini aku
belajar lebih.

Kerana ia merupakan
pengalaman orang..

Aku belajar untuk
mensyukuri apa yang
aku ada..
Memang ragam manusia,
sentiasa tidak berpuas hati
akan apa yang sedia ada
dan mahukan lebih...

LEBIH
DAN
LEBIH...

Aku berharap
segala nikmat yang
aku dapat selama ini
bukanlah satu
ISTIDRAJ..

tahu kan maksud
istidraj??

Istidraj bermaksud
pemberian nikmat oleh Allah
untuk menyesatkan lagi
seseorang yang
ingkar kepada Allah..

Semoga segala nikmat
yang kita dapat selama
ini bukanlah istidraj
semata-mata..

Bersyukurlah
dengan apa yang kamu ada..

Andai kata
Allah tidak memakbulkan
doa kita,
jangan terus
berputus asa..

"Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah"
(Az-Zumar:53)

Allah lebih Mengetahui,
yang mana satu
merupakan yang terbaik
untuk kita..

Pernah tak
kita menangis malam-malam
kerana Allah??
Kerana takutkan azab Allah
di atas dosa kita
yang banyak..

Rasulullah S.A.W bersabda,
"Wajah yang dibasahi air mata kerana
takut pada Allah walaupun
sedikit akan diselamatkan
dari api neraka"..

Oleh itu,
menangislah..




MARI MENANGIS..

Selepas menangis,
tekadkan azam
untuk mengubah diri
kita..
Untuk perbaiki
segala kelemahan
kita..

Insya'Allah,
semoga Allah
permudahkan...




princess note: always smile... it will give happiness to u and others~



3 comments:

izzah amirah said...

yup..apa yg allah kasik is the best kan utk hambanya..kerana allah maha mengetahui..
insya allah..

harishah halim said...

ske ske! :)

princess ilah said...

btol btol~