Sunday, May 02, 2010

die as a muslim

Menanti Di Barzakh

Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com


mari nyanyi bersama-sama (make sure u have a nice voice k!!)

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,





tadi aku ikut ma ke surau,
ada kursus pengurusan jenazah..
banyak yang aku belajar..
kamu mahu tahu ke???
silalah, jangan malu-malu..

hukum menziarah ini sunat muakkad...
sangat dituntut dalam Islam..
lagipun, dapat mengeratkan ukhuwah sesama kita..

antara adab ziarah orang yang sudah nazak:
- ajar kalimah syahadah

-baca surah yaasin
-baca surah al-Ra'du
-doakan pesakit

kematian itu merupakan perkara yang pasti. cuma Allah tidak memberitahu
kita bila kita akan meninggal dunia, kerana Allah
mahu uji sejauh mana tahap keimanan kita...

Surah Ali 'Imran: ayat 185
"Tiap-tiap yang bernyawa pasti merasai mati, dan bahawasanya
pada Hari Kiamat saja disempurnakan
balasan kamu"..


Pernah terdetik tak di hati kita,
bagaimana jika kita tidak sempat
bertaubat sebelum Malaikat Izrail
mencabut nyawa kita??
nauzubillah..

Sebenarnya aku masih samar-samar
tentang pengurusan jenazah..
Baru kali pertama aku pergi kursus ini..
Memang, kalau bab pengurusan jenazah ini,
teori saja tidak mencukupi.
Ia perlu dilengkapi dengan latihan praktikal.

Tetapi,
mampukah aku??
Untuk memandikan jenazah??
Mengkafankan jenazah??
Banyak yang perlu dipelajari..
Memang ini fardhu kifayah,
tetapi untuk mempelajarinya
adalah fardhu ain..

Pernah tengok tak cerita ni??

Cerita tentang seorang lelaki kaya,
waktu dia meninggal dunia,
susah untuk mencari orang untuk
memandikan jenazah,
ustaz di surau ada urusan
memandikan jenazah di tempat lain.

Jadi, keluarga lelaki tersebut
kebingungan..
Memang mereka banyak duit,
boleh mengupah sesiapa sahaja
untuk memandikan jenazah.
Tetapi Allah mahu uji dan
beri kesedaran kepada mereka...

Nasib baiklah,
ahli keluarga tersebut
berjumpa dengan seorang ustaz
yang mengajar
kursus pengurusan jenazah
di tempat kerjanya..

Jenazah lelaki tersebut
selamat dimandikan..

Inilah satu kesedaran yang aku
dapat dari kursus tadi..

Kita tidak boleh mengharap
sahaja kepada orang lain
untuk memandikan jenazah
ahli keluarga kita.
Seharusnya, kita
sama-sama membantu
memandikan jenazah tersebut..
Itulah bakti terakhir yang
mampu kita lakukan..

Insya'Allah..
Semoga Allah membuka hati kita
untuk belajar lebih lagi
tentang pengurusan jenazah ini..

we would never know about something if
we don't try it..



princess note: prepare well for everything.. dunia dan akhirat~

7 comments:

harishah halim said...

salam fadnor.

kita penah baca kat somewhere (x ingat sgt), yg lagu menanti di alam barzakh ni kinda syirik. er alasan dia byk. tp yg plg kt ingat sbb mana ada org mati blh bgn n cerita semula. wallahualam...

aur.tebing said...

thanks for the infos. hmm teringat pulak kat rumate tgb, qila suke gler lagu ni, kalau boleh hari2 nak kite psg lagu ni..heheh. teruskan penulisan blog anda!i love to read all the posts...:D

Norashikin Abdullah said...

masyaAllah betul tuh..teringat arwah nenek meninggal hari tuh..amat tkut andai nyawa dcbut seblum kite smpat bertaubat..

izzah amirah said...

woo..i like this song very much..seram !!!

Luqman Safwan C.M Fauzi said...

btul2..aku pernah gak terpikir nak mandikan jenazah family aku kalau ade yang meninggalkan dunia terlebih awal dari aku...tapi sampai skrang tak blajar lagi...

princess ilah said...

haha.. insya'Allah, mari kita belajar!!!

Asfarina =) said...

oh kita ada vid ni kat blog. try search. huu mginsafkan!