Friday, July 06, 2012

Welcome back!

Assalamualaikum:) Semua sihat? :)

Hari ini saya nak bercerita. Baca dengan penuh sabar ye.

Watak yang saya nak cerita hari ini , saya namakan dia G okay. Rasanya semua orang tahu, apa the latest news for right now? Especially untuk budak-budak Banting. 

Tertarik dengan apa yang G cakap.

G bersyukur alhamdulillah sangat-sangat dengan apa yang Allah bagi. Memang waktu B inform pasal news tu, kecuakan menyelubungi diri G. Penat G berfikir, agak-agaknya apa yang Allah sudah sediakan untuk dia? 

G rasa sangat-sangat tak layak. Sering kali menodai dirinya dengan kesumat jahiliyyah yang dulu dianggap sudah hilang, tapi sebenarnya masih melekat di hatinya. Tertipu dan tertikam dengan mujahadah yang tidak seberapa itu. Tahu itu salah, terdetik dalam hati itu salah, tapi masih menyenangkan diri, takpe, ini kali terakhir. Lepas ni tak buat lagi dah.

Tanpa disedari, G semakin lena dalam dakapan jahiliyyah itu. Sehinggalah Allah menyapanya hatinya, mengusik hatinya, mencuit jiwanya, bermain sebentar dengan perasaan cuaknya, tidak disangka-sangka, itu rupanya hikmah di sebalik pemberian itu.

Mungkin G perlukan pemberian ini untuk kembali pada Dia Yang Maha Esa. Sebab Dia tahu, G takkan mampu hadapi kalau Dia beri yang lain. G tengok, orang lain dapat benda lain, mestilah, aturan Allah untuk semua orang adalah cantik. tersusun sudah. cuma kita je kena pilih, mahu mengikut fitrah atau lari sekencang mungkin dari fitrah tersebut.

Awal tadi, G sudah menenangkan diri, "If u don't get what u want, always remember, this is dunya. U still have to work for the akhirat! ".

But alhamdulillah, i don't know whether G gets what G really wants, or what G really needs.

Okay, reflect to the situation above,

Ilah rasa, kadang-kadang, kita ni tak betul-betul bersyukur dengan apa yang kita ada. Bila nampak mereka yang di atas, kita merasakan, "Wah, bestnye mereka!" Bila nampak mereka yang di bawah, "Wah, bestnyer mereka diuji Allah!". Haha, manusia takkan pernah puas.

Kalaulah ilah tak join tarbiyyah, takkan pernah tahu erti bersyukur tu ape. Takkan pernah sedar yang walau apa pun yang terjadi dalam hidup kita, itulah yang terbaik untuk kita.

Even kita sendiri tak boleh nak cakap, Allah baik kalau Dia bagi apa yang kita nak, and Allah itu tak baik kalau Dia tak bagi apa yang kita nak. 

Get yourself to the celupan iman.

"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri, "

 (57:22-23)

Ambillah pemberian ini sebagai satu ujian. Nikmat pun ujian, musibah pun ujian.
Mungkin Allah atur begini. supaya. kita. kembali. kepada. Dia.

Sudah lama mungkin kita futur, sudah lama mungkin kita tak menangis sebab Dia, sudah lama mungkin kita bergelumang dalam lumpur jahiliyyah itu, sudah lama mungkin kita tak menepati "date" bersama-Nya.

Dia rindu kita semua.

So,
Now,
He wants to bring us back to Him,
(Dia mahu bawa kita kembali pada Dia)

mungkin
melalui nikmat ini,
mungkin juga melalui ujian ini.

Let's move on to another battlefield together! :)
Perjuangan kita masih jauh. Selagi kedua-dua kaki tidak berada dalam syurga, jangan berhenti berusaha.

welcomeback comments, welcomeback graphics

mood: Welcome back to His side, again!

note: sudah sujud syukur? atas segala pemberian Dia pada kita selama ini? hehe :)
jazakillah khair katheera...

Wednesday, June 13, 2012

Kalau nak, buat cara nak!

Assalamualaikum:)
Apa khabar semua? Semoga semua yang ilah sayang sentiasa dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah:)


Dearest a princess that has turned to a slave,

Tahu tak, seorang mukmin akan sentiasa dihimpit oleh dua tarikan.
Tarikan pertama, tarikan iman. Kalau bukan tarikan iman, maka tarikan syaitan lah yang menguasainya.
Ayyo! Kalau nak tengah-tengah boleh tak? Mungkin hati kecil kita berkata begitu kan. Yelah, kadang-kadang nak guna jalan ni kejap, bila rasa boring, nak guna jalan yang ni pulak lah. Haha... Sila gelak pada diri sendiri. Dah suluh benderang Allah cakap dalam Quran, tapi saja buat tak faham ye.



"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" (2:208)

Tapi kalau faham pun, kadang-kadang kita saja je buat-buat tak tahu. Owh, ada eh ayat camnie? *sambil menggaru-garu kepala yang tak gatal tu* Aish, kalau macam ni, bukan pencinta terhebat la kita. Cakap je cinta Allah, nak kejar redha Allah, tapi kata-kata cinta sahaja tidak cukup untuk memanifestasikan cinta sejati la! Cinta itu kata kerja. Harus dibuktikan dengan perbuatan. Pengorbanan mungkin. Walaupun sakit, pahit, rasa macam nak naik gila jadinya ! Tapi demi memanifestasikan cinta pada Allah Yang Esa, harus perlu untuk berkorban!

Pernah tak, sekali, even sekali dalam hidup, bila kita start nak futur, nak buat apa yang Allah tak suka, kita terfikir pasal Rasulullah? Tahu tak sekarang kita dapat Islam ni hasil penat lelah sape? Hasil usaha Rasulullah & para sahabat taw. Sedar tak? *sila sedar semua!* Pernah time kita solat, ada orang letak usus perut unta atas badan kita? Pernah tak kita berdoa yang baik-baik untuk orang yang dah baling batu kat kita sampai kaki kita mandi darah? Pernah tak? Hush, tak sedar di untung lagi ke? Rasulullah yang sangat-sangat Allah kasihi tu dah alami banyak sangat, cemuhan, tentangan, kena ugut bunuh, macam-macam. Tapi baginda Rasulullah s.a.w. (sila selawat sekarang) sanggup! Demi siapa? Ummati ummati ummati! Tahu tak kita ni umat Rasulullah s.a.w.?

Cuba kita fikir, takkanlah kita nak meruntuhkan segala usaha dakwah yang Rasulullah buat, just semata-mata nak ikutkan sangat jahiliyyah kita? Ya Allah! Nikmat sangat ke buat dosa tu? Besar lagi kot nikmat syurga tu.


"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (13:35)


"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (55:56)


"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezkinya di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (19:62)


"Dan mereka mengucapkan: "Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah (memberi) kepada kami tempat ini sedang kami (diperkenankan) menempati tempat dalam syurga di mana saja yang kami kehendaki; maka syurga itulah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal." (39:74)


Tahu tak banyak lagi sebenarnya? Bacalah terjemahan Al-Quran. Carilah. Banyak lagi ayat-ayat pasal syurga yang Allah rakam untuk kita taw. Don't believe it? Challenge yourself to figure them out la! 


Kalau nak Allah, buatlah cara nak. Jangan asyik-asyik nak cari alasan. Ingat alasan itu boleh tegakkan Islam dalam diri? Teringat kata-kata seorang sahabat yang comel, 


"We have to work harder for Allah!"

Okaylah tu. Sit down properly and muhasabah balik. Once you already know what's the problem, go quickly and find the solution. Don't waste time anymore. Get your job done! Because Allah and His Prophet are waiting for us. In His jannah! :) Semoga Allah pilih awak, saya, dan mereka untuk menjadi tetamu agung dalam syurga-Nya! 

nak senyum macam ni bila masuk syurga Allah nanti! mahu?

p/s: tak terliur ke dengar pasal syurga? :)







Wednesday, March 14, 2012

syurga:)

Assalamualaikum :)
Apa khabar?
Alhamdulillah, hari ini Allah bagi lagi peluang untuk bernafas dan kembali menyembah Dia secara total. Kadang-kadang, kita terlupa sejenak, bahawa Allah sedang memerhatikan kita. Hidup di dunia ini hanya sementara dan semua ini nanti akan ditayangkan semula di padang mashyar.

Kadang-kadang, susah kan nak dapat perasaan malu itu, tak nak buat dosa sebab malu pada Allah. Susahnya :( Sebab itulah, bagi ilah yang alhamdulillah Allah bagi perasaan 'best' itu awal, ilah kena mencari lagi.

Hihi:) Ilah ada misi besar nak buat! Semoga Allah meredhai segala usaha kami...
Nak masuk syurga, sebab nak jumpa Allah & Rasulullah:)

Jom sama-sama kita menantikan pertemuan dengan Allah...
Jaga diri, jaga iman. Ingatlah dunia ini hanya permainan, akhirat itu yang kekal abadi...


Saturday, February 04, 2012

believe it or not?

Assalamualaikum, sahabat-sahabat sekalian!

Alhamdulillah, hari ini Allah bagi something best lagi! Suka bila ilah tengok fb status sahabat-sahabat ilah. Walau apa jua ketentuan Allah dalam hidup mereka, mereka mula menyedari ada hikmahnya atas segala yang berlaku. Memang betul! Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Ilah nak share,

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (2:216)

Mungkin kita rasa benda tu yang terbaik untuk kita, tetapi sebenarnya Allah tahu benda tu buruk untuk kita. Jadi, Dia bagi something else for us. Alhamdulillah, Allah sentiasa ada untuk guide kita, kan!

Analogi begini,
Hmm, hanya pembuat kereta mahupun pencipta kereta yang tahu membaiki kereta tersebut.
Jadi, hanya Allah iaitu pencipta dan Tuhan kita yang tahu pasal kita.
Oleh itu, jomlah kita hidup berdasarkan aturan Allah..

Usually, people always say, "Mom knows best".
But actually, "Allah knows best"!!!

So, no matter what you're having or facing right now, just smile and bear in mind that He's testing you right now. To test whether you are beriman or not..
You don't believe it? Hmm, read this:

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (29:2)

Have faith in Him!








Friday, February 03, 2012

wrong perception!


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum, sis!

Kaifa imanuki (apa khabar iman anda?). Insya'Allah, semoga iman kita sentiasa menaik dan tidak
berkurang. Hari ni ilah nak share satu benda.

Hmm, rasa macam Allah tu cool sgt! Dia bagi jawapan on the spot.
Tadi kan, ilah tanye sorang akhawat ni,
"Macam mana nak tahu dugaan yang Allah bagi tu hukuman ke ujian eh?"

Sebab ilah tengah mengalami something yang tak best!

Memang Allah hantar sahabat tu dengan jawapan,
"Kita kenalah bersangka baik dengan Allah, kan".

Dush! Kena sebijik.. Haha..
Alhamdulillah, Allah masih sayang Ilah.
Sebab tu Dia bagi jawapan macam tu..

Jom tengok hadis ni. Syok sgt!

Dari Abu Hurairah ra. Berkata, bersabda Rasulullah saw. : Allah berfirman : “Aku tergantung pada prasangka hamba-Ku, dan Aku bersamanya jika ia mengingat-Ku; jika ia mengingat-Ku dalam jiwanya, maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku; dan jika ia mengingat-Ku dalam lintasan pikirannya, niscaya Aku akan mengingat-Nya dalam pikirannya kebaikan darinya (amal-amalnya); dan jika ia mendekat kepada-ku setapak, maka aku akan mendekatkannya kepada-Ku sehasta; jika ia mendekat kepada-ku sehasta, maka aku akan mendekatkannya kepada-ku sedepa; dan jika ia mendatangi-Ku dengan berjalan, maka Aku akan menghampirinya dengan berlari. (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim).

Ilah teringat satu cerita pasal seseorang ni. Dia seorang Islam tapi sudah murtad.
Sekarang dia menjadi jurucakap (kind of promoter) for Kristian.
Apa yang ilah terkilan, ialah bila dapat tahu yang sebenarnya one of reasons why she's murtad sebab dia rasa Allah menghukum dia dengan kemiskinan dan kesusahan yang dia dapat. Sampaikan dia doubt, is Allah really exist?

When we don't understand thoroughly about Islam, we'll start to question everything.
Sedangkan Allah ingin menguji kita. Kan hidup kita di dunia ni satu ujian, to test whether we are beriman or not. (67:2)

Kalau dulu, sahabat Rasulullah risau bila Allah dah lama x turunkan ujian.
Mereka menanti-nanti ujian daripada Allah, sebab melalui ujian tersebut, mereka makin
dekat pada Allah.

Pernah dengar x,
"Allah bagi kita ujian sebab Allah rindu nak dengar rintihan suara kita".
Sweet x Allah tu? Ilah rasa, sgt2 comel n sweet Allah tu!

Sebenarnya, ujian mahupun kesenangan,
semua tu ujian daripada Allah. Sebab tu, sebagai orang mukmin, kita kena bersyukur bila dapat nikmat, dan sabar atas dugaan yang Allah bagi.
Allah tengah nak bagi kita pahala tu. Atas kesabaran kita!
Yang penting, semoga Allah redha dan merahmati hidup kita!




Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempurna


p/s: Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata. Syaitan lah yang hasut kita mcm2 kan..
Hanya iman yang kuat pada Allah mampu mengalahkan tipu daya syaitan yang lemah tu!
So, tunggu apa lagi? Jom lancarkan perang pada syaitan!