Sunday, January 02, 2011

don't let me go

Malam ini, ilah rasa hati ini sangat berdebar-debar. Seperti ada perkara yang 'pelik' sedang menanti ilah. Macam ada sesuatu yang menyedihkan akan berlaku pada ilah. Pelbagai sangkaan dan tanggapan yang cuba ditangkis oleh minda ini..

Sang minda cuba menenangkan si hati.. Namun, apakan daya. Sang minda tetap gagal.. There's only one solution for this so called problem. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan merasa tenang. Ilah baru teringat ayat itu..

Ya Allah, betapa hamba-Mu ini banyak melakukan dosa kepada-Mu, ya Allah! Kerna itulah, hati ini makin tidak tenang apabila tarikh untuk pulang ke medan perang yakni KMB, semakin menghampiri jendela hidup ini. (haha, apa ni? ) Sebenarnya, ada banyak perkara yang hati ini risaukan sekembalinya diri ini ke KMB nanti.

bahagia sungguh adik ini dengan keputusannya

Seboleh mungkin ilah tepis segala fikiran negatif tentang apa yang akan berlaku nanti. Itulah yang ilah lakukan sepanjang cuti tiga minggu ini. Mungkin sebab itulah, baru ilah terasa penangannya malam ini. Sekarang, ketika sedang menaip pun, hati ini tidak gembira seperti biasa dan mata ilah seperti menumpahkan air jernih yang sudah lama tersembunyi. Atau adakah ilah terlalu terbawa-bawa dengan perasaan sendiri? Mungkin ilah terlalu emosional mendengar lagu Afgan ini? Haha, macam-macam..

Sekali lagi, ilah terasa betapa jauhnya diri ini daripada-Mu, ya Allah..
Sesungguhnya, Dialah yang membuat orang tertawa dan menangis.. (An-Najm: ayat 43)

Bila
difikir-fikirkan, rasa syukur yang amat kerana Dia membuatkan ilah menangis malam ini. (tapi tak sampai banjir tau!) Sekurang-kurangnya ilah dapat mengimbau kembali apa yang ilah sudah lakukan sepanjang tahun ini. Ilah tidak mahu ada penyesalan yang sia-sia. Ya Allah, tenangkanlah hati hamba-Mu ini..


Setelah ilah buat blogwalking sebentar tadi, alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat menenteramkan hati ini. Namun, ilah gagahkan jua hati ini untuk menghiasi blog ini agar dapat berkongsi dengan kawan-kawan yang ilah sayangi..

Allah mempunyai sebab-Nya yang tersendiri untuk Dia memberi segala dugaan kepada kita. Sama ada dugaan dalam bentuk kegagalan, perasaan sedih, kehilangan orang disayangi, perpisahan dan sebagainya.

Itu adalah kerana Allah rindu untuk mendengar tangisan rindu kita. Allah rindu untuk mendengar doa kita sambil diiringi tangisan. Dia rindu untuk mendengar suara hamba-Nya menadah tangan meminta pertolongan daripada-Nya. Ya Allah, betapa sayangnya Engkau terhadap hamba-Mu ini...


Sesungguhnya betapa kerdilnya hamba-Mu ini di sisi-Mu..

Biar rebah, jangan berubah..
biar terbuang terus berjuang..
ujian adalah tarbiyah dari Allah s.w.t..
semakin dekat kepada-Nya,
semakin kuat ribut taufan melanda...
usah resah bila diuji..
pasti kebahagiaan bakal dimiliki..
janji Allah itu pasti..


Sudahlah, usah ilah bersedih lagi ya! Lupakan segala yang telah berlalu. Jangan biarkan hidupmu penuh penyesalan.. Belajarlah dari kesilapan dan ingatlah, Allah is always be there..



Kepada sahabat-sahabat ilah, teruslah menasihati diri yang penuh khilaf ini. Janganlah sesekali lupakan ilah. Bimbinglah ilah.. Ilah minta halalkan segalanya yang pernah ilah ambil sama ada sengaja atau tidak sengaja... Marilah sama-sama kita teruskan perjuangan ini. Biarpun tersungkur, hulurkan tangan, tolonglah sesama sendiri untuk kembali bangkit...



"Ya Allah, kurniakanlah kepada kami cinta terhadap-Mu
dan cinta kepada mereka yang mencintai-Mu,
dan apa sahaja yang mendekatkan kami kepada cinta-Mu,
dan jadikanlah cinta-Mu itu lebih berharga bagi kami
daripada air yang sejuk bagi orang yang dahaga.."






Ilah, belajarlah demi Allah.

Jalanilah hidup ini kerana Allah semata-mata. Cukuplah bagimu dengan cinta Allah...
Kejarlah cinta itu...


Say he's ALLAH, the only one

We all need HIM and HE need no one..






I couldn't any solid reason for this,
but I know this is the best..
I would never regret it,
not even once..
For every reason that I could think of,
ya Allah, ya Rabbi,
please hold me tight..
very tight until i could never run away from You..
hold me tight..
so i could always have my love only for You
so i would not think of something else instead of You..

Get More Islamic Testi Here!

and ya Rabbi,
please don't let me go..
keep me always close by Your side..
open my heart just only for You..
I know You will never leave me alone..
So, please never let me go..
never even once in a lifetime..


princess note: thank you ya Allah, i'm feeling better.

Saturday, December 11, 2010

bila hati berkata-kata

Assalamualaikum wbt...

Ke hadapan hamba Allah yang bernama insan, apa khabar kalian? Bagaimana iman kita pada hari ini? Adakah sudah turun berbanding semalam ataupun sudah naik dari semalam? Today is better than yesterday, is it? Ilah baru seminggu bercuti dari hidup yang penuh kesibukan di KMB.. Namun, diri ini terasa alpa dan lalai sepanjang cuti ini. Mengapa ya? Mungkin salah ilah sendiri yang tidak berusaha mengingatkan diri sendiri.. Terpana ingatan ilah dengan kata-kata kakak senior ketika kami berada di taman syurga..

"Allah yang kita sembah di rumah sama sahaja dengan Allah yang kita sembah di KMB. Jadi. tiada isu iman turun naik ketika kita semua berada di rumah"..

Ilah sangat hormat akan kakak ini. Setiap butir bicaranya pasti akan menusuk di jiwa ilah. Tapi bukan ilah seorang sahaja, sahabat-sahabat ilah pun berasa perkara yang serupa. Alhamdulillah, itu mungkin merupakan salah satu daripada logam yang terdapat dalam dirinya. Insya'Allah, semoga Allah memelihara logam tersebut dan membimbingnya untuk menyebarkan cinta Allah di muka bumi ini.

Ilah terlupa sesuatu. Sebelum itu, ilah nak berkongsi satu hadis:

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”...

Pada pandangan ilah, maksud hadis ini ialah:

Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman. Sekiranya ‘jahil’, nilai itu akan menyokong jahiliyyah dan sebaliknya, sekiranya dia Islam, nilai itu akan menyokong Islam. Segalanya bergantung kepada kefahamannya.

Contohnya, kita imbas kembali tentang Saidina Umar. Dulu, ketika Saidina Umar belum memeluk Islam, dia merupakan seorang yang tegas dan semua orang takut padanya. Dan setelah memeluk Islam, dia juga merupakan seorang yang tegas dan berani. Disebabkan ketegasannya, orang kafir tidak berani untuk menghalang dakwah Islam..

Hmm, ilah terdiam sejenak. Apa logam ilah eh? Memasak? Apa ye? Insya'Allah, kita sama-sama fikir dan ayuhlah. Sama-sama kita gunakan logam kita untuk menyebarkan cinta Allah di muka bumi ini.

Siapa ada logam 'berfesyen mengikut cara Islam'? Nanti, sesiapa yang ada logam tersebut, jangan lupa beritahu ilah eh. Sebab ilah nak belajar dari insan tersebut. Kan comel kalau kita semua berfesyen mengikut cara Islam yang sebenar-benarnya..

Eee, best best!!!
MySpace

Tapi, macam mana ye berfesyen mengikut cara Islam yang sebenar-benarnya?
MySpace

Kan, dalam Al-Quran, terdapat semua jawapan bagi segala carca marba persoalan.

Jadi, ilah membelek tafsir Quran sehingga terjumpa ayat ini:

"dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada.."

(Surah An-Nur: ayat 31)


Owh, nampaknya banyak lagi yang perlu ilah perbaiki. Namun, kita patut bersyukur kepada Allah kerana Dia masih menyayangi kita dengan sentiasa membuka hati dan minda kita agar sentiasa mendekatkan diri kepada-Nya.. Insya'Allah..


"Barang siapa diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk, dan barang siapa disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang rugi".
(Surah Al-A'raf :ayat 178)


Jom kita hayati sama-sama video ini~




princess note: ilah sayang semua orang! always support me in this path ok~

Friday, October 15, 2010

ape ek?

Assalamualaikum wbt..

Hari ini ilah rasa macam banyak masa lapang.. Kalau tak ada free time, macam manalah ilah boleh duduk bahagia update blog tersayang ni? Haha =)

Tersenyumlah.. Jangan menunggu bahagia untuk tersenyum.. Namun, tersenyumlah untuk bahagia.. La tahzan!!

Tiba-tiba je ilah rasa macam ilah dah dapat satu semangat baru.. Semangat untuk berubah.. Mesti tertanya-tanya nak berubah apa? Tak apalah, ilah rasa tak perlu ilah luahkan di sini.. Yang penting Allah sahaja yang tahu. Sahabat-sahabat tolong doakan ilah eh.. Semoga ilah sentiasa kuat dan ikhlas dalam setiap perkara yang ilah buat..

Pernah baca tak buku "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul"? Serius ilah cakap, buku tu sangat2 best!! Ilah tak nak cerita panjang2, kalau nak tahu buku tu pasal apa, belilah... Kalau tak pun, pergi pinjam daripada kawan-kawan k... Yang ilah cuma nak cakap, JOM KITA BERCINTA SELEPAS KAHWIN.. Nak tak??

Haha... lawak.. lawak...

Pernah terfikir tak, apa tujuan kita hidup kat dunia ni eh?
Dulu ilah fikir, ilah nak tunaikan impian ilah, nak tunaikan impian parents, nak capai cita-cita, kahwin, dapat anak banyak-banyak, then dapat phd, buat klinik, dah lama sikit, bersara, jaga cucu-cucu, kemudian apa lagi? Mati..

Sedangkan dalam al-Quran, Allah s.w.t. telah berfirman:

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku".
Surah At-Tur ayat 56

Hehe.. tulah, selama ini ilah dah silap la... tak apa, yang penting ilah dah tahu tujuan ilah hidup sekarang..

owh.. rupa-rupanya tujuan Allah menciptakan ilah dan sahabat-sahabat supaya kita beribadat kepada-Nya dan menjadi khalifah di muka bumi..

penting tau untuk kita amalkan dua perkara ini..

Pernah dengar satu cerita tak?

Dulu, adalah 5 orang kawan baik nie. Mereka selalu masak sama-sama, jahit baju sama-sama, kemas rumah sama-sama, makan minum sama-sama.. Menyanyi lagu Ku Berlari sama-sama. Suatu hari, adalah kebakaran. Ilah pun tak sure macam mana boleh terbakar. Tulah, main api lagi, kan dah terbakar.. Hehe.. then ada seorang daripada mereka, yang sedar ada kebakaran. Dia try nak kejutkan kawan-kawan dia, tapi ada seorang kawan ni yang tengah mengigau sampai tak ingat dunia, ada yang memang tidur mati, ada seorang ni pulak yang marah sampai menyumpah seranah apabila kawan ni try nak kejut. Tapi nasib baiklah ada seorang kawan dia yang memang dengar cakap. Bila dicuit suruh bangun je, terus dia bangun, umpama lembu dicucuk hidung (betul ke peribahasa ni).. Akhirnya 2 orang je yang terselamat. Yang 3 lagi tu hangus rentung terbakar..

Begitulah juga dengan kehidupan kita..

Kalau kita tak melaksanakan amar makruf nahi mungkar, tengoklah apa yang akan terjadi pada kawan-kawan kita. Semua orang cakap sayang kawan masing-masing.. Mulut cakap sayang, tapi kalau sayang, kenapa tak tegur kalau dia buat salah? Kalau sayang, kenapa tak bimbing dia ke jalan yang benar? Sudah terang lagi bersuluh. Maksudnya kasih sayang kita terhadap kawan masih tidak utuh sekiranya kita tak mampu nak tegur dia ke arah kebaikan.. tapi tegurlah dengan berhemah eh.. ingat macam mana Rasulullah s.a.w berdakwah? dah lupa?? aish.. pergi ingat balik macam mana..

Dengarlah lagu ini.. Semput ilah nak nyanyi...






princess note: the more u "amar makruf nahi mungkar", the more u love your friends..
Hypothesis is accepted!!!! =)

Thursday, September 30, 2010

nerd?



I REALLY WANT TO BE STUDYHOLIC...









princess note: justify what is the meaning of studyholic? hehe =0

read this story

Assalamualaikum wbt..
Apa khabar? Sihat..
Hehe..
I started my kasukma holiday on this wednesday until next monday..
Don't jealous k!

Please read this story..
Love it so much..
So inspiring especially for the muslimah girls...

p/s: ha, sori taw kte curi kejap entry nie.. hehe



princess note: before i come back, i'll update my new entry k..