Sunday, July 22, 2012

mwahh!

Assalamualaikum semua! :)

Jika benar kita sayang Dia, kita mahu bekerja untuk Dia. Kita mahu bersegera untuk
menolong agama-Nya. Takkan pernah kita mencari alasan mahupun cuti sebentar untuk berehat-rehatan. Jika benar kita ikhlas mahu menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini!

Mungkinkah gathering kita hari itu adalah yang terakhir sebelum masing-masing mengorak langkah ke fasa baru? Itu mungkin gathering jasad yang terakhir. Tetapi bukankah kita sentiasa berjanji, kita akan sentiasa gathering sama-sama di malam hari, tika masih ada yang lena dibuai mimpi, kita mahu bangun untuk bersujud pada Dia? Tanda kita hamba yang bersyukur.

Semoga kita terus kuat atas segala dugaan yang mendatang. Adik-adik, terus kuat ye di bumi yang dirindui itu. Kadang-kadang, terasa juga mungkin sebab kelemahan kami, tapi akak percaya adik-adik mampu untuk meneruskan dakwah di bumi itu. Kerna Allah tahu adik-adik mampu! Ingatlah, bergeraklah bertunjangkan iman dan taqwa pada Dia. Kerna itulah yang mampu mengekalkan kita atas jalan pilihan ini, insya'Allah :) Akak sayang adik-adik sangat-sangat. Mungkin terlalu expressive tetapi itulah. Semakin merindui gelagat dan semangat semua. Doakan semoga kami mampu terbang lagi di bumi itu.

Sahabat-sahabat saya, everyone seems to have your own path. Got to settle our own matters. Tapi, no one is left behind. Sentiasa baca doa rabitah itu, minta pada Dia agar sentiasa beri kekuatan pada semua walau di mana kita berada. Minta pada Dia agar sentiasa ikat dan tsabatkan hati-hati kita dalam perjuangan mengejar redha Dia. Jazakumullahu khairan katheera atas segala-galanya. Kalian banyak mengajar. I never regret to know all of you, because from there, I found Him :)

Bertebaranlah kalian atas muka bumi ini. Laksanakanlah tugas kita masing-masing. Genggam perjuangan itu erat-erat. Tunaikannya agar suatu hari nanti, ia mampu menjadi bukti cinta kita pada Dia di padang mashyar kelak. Ini bukan main-main, tapi ini cita-cita kita yang kita dukung bersama.

Sentiasa ingatkan satu sama lain. Jangan tinggalkan sesiapa. Bawa semua ke arah Dia! Di sini, tiada isu pentingkan diri sendiri, sebab Allah tak suka mereka yang pentingkan diri sendiri. Di kala sekeliling kita kabur, tak tahu mana satu Islam mana satu jahiliyyah, doalah pada Dia, tunjukkan yang benar. Imbas semula kisah-kisah perjuangan Rasulullah, dan jangan lupa love letter kita. insya'Allah, semoga Allah kembalikan kita pada-Nya dalam kalangan mereka yang beriman dan mati syahid!

:)


2 comments:

Syiera Rosli said...

"Tetapi bukankah kita sentiasa berjanji, kita akan sentiasa gathering sama-sama di malam hari, tika masih ada yang lena dibuai mimpi, kita mahu bangun untuk bersujud pada Dia? Tanda kita hamba yang bersyukur."

tertarik dengan ayat ini. Sujud dalam tahajjud berkiblatkan kiblat yang sama. Tiada gathering yang lebih manis dari ini :')

Anonymous said...

takbir! allahu akbar :)
semoga kita semua sentiasa tsabat, insya Allah :D